Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia www.matrade.gov.my BEBAS PERJANJIAN PERDAGANGAN FTA

PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) Apa itu FTA Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) ialah perjanjian antara dua atau lebih negara, di mana negara yang terlibat diberi akses keutamaan dalam pasaran. Setiap negara rakan FTA menawarkan insentif atau kelonggaran kepada satu sama lain bagi tujuan perdagangan, pelaburan, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perdagangan serta kerjasama ekonomi. Mengapa FTA Penting Perjanjian FTA merangkumi bidang: • Mendapatkan akses kepada pasaran yang lebih besar • Memudahkan dan menggalakkan perdagangan, pelaburan dan seterusnya merangsang kerjasama ekonomi • Meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia • Membangunkan keupayaan industri tempatan melalui kerjasama teknikal • kemudahan perdagangan • pelaburan • perlindungan harta intelek (Intellectual Property Right - IPR) • polisi persaingan perdagangan • kerjasama ekonomi yang berkaitan FTA membolehkan pengeksport Malaysia mendapat layanan istimewa dan akses kepada pasaran yang lebih besar. Pengeksport Malaysia juga akan menikmati penjimatan kos daripada penghapusan atau pengurangan duti kastam serta memudahkan urusan perdagangan dengan liberalisasi syaratsyarat prosedur kastam yang ketat. Bagi sektor perkhidmatan pula, FTA menyediakan akses pasaran yang lebih baik untuk pelbagai sektor perkhidmatan komersial dan profesional dari Malaysia. FTA turut memudahkan para pelabur Malaysia untuk melabur di negara rakan FTA.

FTA 2 HALA 2006 2008 2010 2011 2012 2013 2015 MALAYSIA - JAPAN (MJEPA) MALAYSIA - PAKISTAN (MPCEPA) MALAYSIA - NEW ZEALAND (MNZFTA) MALAYSIA - INDIA (MICECA) MALAYSIA - CHILE (MCFTA) MALAYSIA - AUSTRALIA (MAFTA) MALAYSIA - TÜRKIYE (MTFTA) 7 FTA dua hala 9 FTA serantau FTA Malaysia 16 Jumlah FTA yang dikuatkuasakan oleh Malaysia FTA SERANTAU 1993 2003 2006 2009 2010 2010 2022 2019 ASEAN FREE TRADE AREA (AFTA) ASEAN - CHINA (AFCTA) ASEAN - KOREA (AKFTA) ASEAN - JAPAN (AJCEP) ASEAN - INDIA (AIFTA) ASEAN - AUSTRALIA - NEW ZEALAND (AANZFTA) REGIONAL COMPREHENSIVE ECONOMIC PARTNERSHIP (RCEP) ASEAN - HONG KONG (AHKFTA) PERJANJIAN KOMPREHENSIF DAN PROGRESIF BAGI PERKONGSIAN TRANSPASIFIK (CPTPP)

• Penentuan negara asal produk bagi menikmati kelayakan konsesi tarif • Digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu produk/ perkhidmatan berasal daripada Malaysia atau rakan FTA. • ROO bagi produk mungkin berbeza-beza bagi setiap FTA (maklumat boleh disemak di laman web MITI) • Butiran ROO dinyatakan dalam Laporan Analisa Kos (Cost Analysis Report, CA) 1. Pemohon log masuk ke: http://newepco.dagangnet.com.my/dnex/login • isi semua bidang wajib; dan • serahkan kepada MITI. 2. Dokumen yang perlu dimuatnaik (dalam format pdf). • Slip HS Code yang dikenalpasti (produk siap dan bahan mentah); • Lesen pembuatan/operasi; • Invois untuk bahan mentah; • Katalog produk; • Carta aliran pengeluaran; dan • Surat lantikan (dari Pengilang kepada Pedagang). Proses MITI 3. Status akan dikemaskini ke dalam sistem. 4. Permohonan tidak lengkap akan ditolak. Kelulusan MITI 5. Semak kelulusan/ status permohonan secara dalam talian di: http://newepco.dagangnet.com.my/dnex/login 6. MITI memproses permohonan CA dalam jangka masa 5 hari bekerja berdasarkan Piagam Pelanggan. Bagaimana Syarikat Menikmati Keistimewaan FTA Kenalpasti maklumat FTA bagi negara cadangan untuk mengeksport. Tentukan Kod Harmonised System (HS) produk daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (www. kastam.gov.my). Semak jika produk termasuk dalam jadual konsesi tarif melalui laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (www.miti.gov. my → MITI → Promosi Perdagangan → Perjanjian Perdagangan Bebas). Semak jika produk memenuhi kriteria Peraturan Tempasal (ROO) dengan menghantar Laporan Analisa Kos (CA). 1 2 3 4 Peraturan Tempasal (Rules of Origin, ROO) KETERANGAN ALIRAN PROSES MULA TAMAT MOHON CA STATUS PERMOHONAN DALAM TALIAN PROSES MITI Menunggu kelulusan MITI Permohonan lulus Ditolak Aliran Proses Permohonan Analisa Kos (CA):

Jika produk anda memenuhi keperluan ROO yang ditetapkan, dapatkan salinan Sijil Tempasal Berkeutamaan (PCO). Setelah diluluskan, kemukakan PCO bersamasama dengan dokumen import kepada Pihak Penguasa Kastam negara pengimport. 5 6 • Kos aliran pengeluaran yang dihasilkan oleh pengeluar untuk mengenal pasti nilai asal produk. • Maklumat berkenaan adalah untuk menentukan negara asal produk dihasilkan. • Kriteria tertakluk kepada ROO yang telah ditetapkan oleh setiap FTA. Laporan Analisa Kos (Cost Analysis,CA) Sijil Tempasal Berkeutamaan (Preferential Certificate of Origin, PCO) Permohonan Sijil Tempasal Berkeutamaan (PCO) 1. Setelah mendapat kelulusan Analisa Kos (CA), pemohon log masuk: http://newepco.dagangnet.com.my/dnex/login • isi semua bidang wajib; dan • serahkan kepada MITI untuk kelulusan. 2. Dokumen yang perlu dimuat naik (di dalam format pdf.): • Permohonan PCO sebelum eksport: - Invois; dan - Senarai Pembungkusan. • Permohonan PCO selepas eksport: - Invois; - Senarai Pembungkusan; - Bil Muatan; dan - Borang Kastam K2. Proses MITI 3. MITI akan proses PCO dalam tempoh selama 24 jam (mengambil kira hari bekerja sahaja) 4. Status akan dikemaskini di dalam sistem: http://newepco.dagangnet.com.my/dnex/login Percetakan dan pengesahan PCO 5. PCO yang diluluskan perlu dicetak pada Borang PCO (Borang AJ, D, AANZ, AK, E, Al, MNZ, MPCEPA, MAFTA, MCFTA, MJEPA dan MICECA) oleh pemohon dan diserahkan kepada bersama specimen tandatangan untuk kelulusan. KETERANGAN ALIRAN PROSES MULA TAMAT PERMOHONAN PCO CETAK & TANDATANGAN MITI PROSES MITI Menunggu Kelulusan MITI Diluluskan oleh MITI Ditolak Aliran Proses Sijil Tempasal Berkeutamaan: • Dokumen untuk membuktikan status asal produk dan diserahkan kepada pihak kastam negara pengimport. • Bukan dokumen wajib untuk mengeksport. Namun diperlukan sekiranya ingin menikmati tariff yang lebih rendah di bawah FTA tersebut. • Produk perlu memenuhi syarat yang ditetapkan bagi ROO FTA masing-masing. • PCO hanya terpakai untuk eksport ke negara anggota FTA. • Ianya sah selama satu tahun dari tarikh terbitan.

MATRADE Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur, Malaysia matrade_hq MATRADE @matrade matradeHQ MATRADE www.matrade.gov.my Untuk maklumat lanjut mengenai FTA, sila layari laman web MITI di Semua data dan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini mengikut masa ia dicetak. Diterbitkan pada May 2022. Walaupun segala usaha telah diambil untuk memastikan bahawa kandungan buku ini adalah tepat dan terkini, MATRADE tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kesalahan atau kesilapan, dan tidak boleh didakwa atas sebarang kerugian atau pertikaian yang timbul akibat daripada penggunaan maklumat yang disediakan. www.miti.gov.my KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0