Asah Bakat Keusahawanan Global Di Kalangan Usahawan Wanita Di Pameran Wanita Kreatif 2017

KHAMIS, 7 DISEMBER 2017, KUALA LUMPUR: Wanita UMNO dan Woman at Work dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan "Pameran Wanita Kreatif 2017" bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2017. Pameran ini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula dari 5 hingga 9 Disember 2017.

Pameran ini bertujuan untuk mengenengahkan potensi perniagaan yang dimiliki oleh usahawan wanita dari seluruh Malaysia. Selain segmen pameran, beberapa aktiviti seperti sesi bicara niaga, sesi perkongsian kejayaan oleh syarikat Malaysia, tutorial, sesi rangkaian perniagaan, penampilan selebriti serta persembahan kebudayaan turut dijayakan bersama kerjasama agensi-agensi seperti Istana Budaya dan Badan Kebudayaan Negeri Sabah. Sebanyak 16 pempamer dari negeri-negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak (13 gerai) dan selebriti tempatan (3 gerai) telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Dirasmikan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MTI), pameran ini turut memberi penekanan kepada pameran seni kreatif tempatan seperti seni manik, jahitan baju tradisional dan batik.

Menurut YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Pengerusi MATRADE, “Pameran ini bertujuan menampilkan bakat keusahawanan usahawan wanita dari negeri-negeri di Malaysia selain memberi pendedahan kepada kepentingan pembangunan kapasiti bagi usahawan-usahawan ini dalam mempersiapkan diri ke arena global.”

MATRADE, sebagai agensi promosi perdagangan Malaysia, mempunyai pelbagai fasilitasi untuk membantu syarikat-syarikat milikan wanita Malaysia berjaya di peringkat antarabangsa antaranya melalui Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP). Program ini telah membantu PKS wanita melalui aktiviti pemupukan dan bimbingan khusus dalam eksport.

Program WEDP merupakan program bimbingan tiga tahun yang berfokus kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran mengeksport buat syarikat milikan wanita. Sejak pengenalan Program WEDP, sejumlah 120 syarikat milik wanita telah mendapat manfaat daripada program ini. Syarikat-syarikat ini yang terdiri daripada sektor makanan dan minuman, gaya hidup, ICT dan E&E, minyak dan gas serta farmaseutikal berjaya mengakses pasaran seperti ASEAN, Amerika Syarikat, China, Oman dan Qatar.

Updated by Corporate Communication Unit

Infographic

News Clippings

More...

Press Releases

More...

Quick Links

  • Warna Merah / Red Color
  • Warna Biru / Blue Color
  • Warna Hijau / Green Color
  • Warna Asal / Original Color