MATRADE Sokong Inisiatif Cegah Rasuah

KHAMIS, 14 DISEMBER 2017, KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menzahirkan sokongan terhadap inisiatif pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Menara MATRADE hari ini. Acara tersebut disaksikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lafaz serta tandatangan IBR yang diketuai oleh Pengerusi MATRADE, YB. Dato’ Dr. Noraini Ahmad dijalankan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pegarah MATRADE, Pengurusan Kanan MATRADE dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) SPRM.

IBR yang ditandatangani adalah sebagai janji dan komitmen MATRADE untuk bersama-sama memerangi rasuah dan salah guna kuasa bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mempunyai tadbir urus yang baik.
Menurut YB. Dato’ Dr. Noraini Ahmad, “MATRADE sudah lama mempraktikkan langkah-langkah untuk mencegah rasuah di kalangan kakitangannya melalui aktiviti-aktiviti seperti ceramah kesedaran, penyampaian informasi cegah rasuah secara mingguan, membangunkan polisi pemberi maklumat dan pelaksanaan polisi ‘No Gift Policy’.”

“Majlis pada hari ini adalah bertepatan dengan fungsi MATRADE sebagai organisasi yang setiap hari berurusan dengan pelanggan-pelanggan dari dalam dan luar negara dalam menghadapi persekitaran yang semakin mencabar,” tambah beliau.

Menjurus kepada inisiatif ini, MATRADE akan meneruskan segala usahanya dalam merancakkan lagi prestasi perdagangan Malaysia dengan mengaplikasikan langkah-langkah tadbir urus yang efektif, dipandu oleh prinsip pencegahan rasuah.

Infographic

News Clippings

More...

Press Releases

More...

Quick Links

  • Warna Merah / Red Color
  • Warna Biru / Blue Color
  • Warna Hijau / Green Color
  • Warna Asal / Original Color