Pengiktirafan Antarabangsa
Pendekatan dan tahap perkhidmatan MATRADE telah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Pada tahun 2008, MATRADE telah mendapatkan pengiktirafan antarabangsa untuk perkhidmatan yang cemerlang sebagai agensi promosi perdagangan nasional daripada Islamic Development Bank (IDB) dan General Chamber of Commerce of Taiwan.
IDB telah menganugerahkan Islamic Solidarity Prize kepada MATRADE sebagai pengiktirafan dalam kecemerlangan mempromosi perdagangan di kalangan negara ahli OIC. Di kalangan negara ahli OIC, MATRADE merupakan institusi pertama yang memenangi anugerah tersebut di bawah kategori promosi perdagangan.

Keterangan: Presiden Kumpulan Bank Pembangunan Islam HE Dr Ahmad Mohamed Ali (kiri) dan Presiden Turkey HE Dr Abdullah Gul (tengah) memberikan anugerah kepada MATRADE ' CEO YBhg. Dato' Noharuddin Nordin (kanan) di Turki)
Golden Merchant Award
The General Chamber of Commerce, Taiwan pula menganugerahkan Golden Merchant Award kepada MATRADE pada tahun 2008, kerana kecemerlangan sebagai sebuah pejabat komersial luar negara. Anugerah-anugerah sebegini adalah tanda pengiktirafan kepada dedikasi dan kecemerlangan perkhidmatan oleh kakitangan MATRADE.
Keterangan : TC bersama Presiden MFTC - Pengerusi ROCCOC








