1.Menganjurkan sekurang-kurangnya 30 aktiviti galakan perdagangan setiap suku tahun:
- Pameran Perdagangan Antarabangsa
- Rombongan Galakan Perdagangan dan Pelaburan
- Specialised Marketing Mission
- Promotion Booth
- Incoming Buying Mission
- Program Latihan Pengeksport
- Instore Promotion
2. Melayan, menjawab dan mengedar maklumat mengenai peluang-peluang perdagangan dalam tempoh 4 hari bekerja dan mengedarkan notis tender antarabangsa dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh diterima.
3. Menyampaikan keputusan kepada semua pemohon bagi penyertaan dalam pameran dan rombongan perdagangan dalam tempoh 1 minggu selepas tarikh tutup permohonan.
4. Memastikan pengeluaran penerbitan - penerbitan berikut:
- MATRADE Online News – setiap dua minggu
- MATRADE Leads – setiap minggu
- Upcoming Events – setiap 3 bulan
- Trade Mart – setiap 2 bulan
5. Mengemaskini laman web dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan maklumat terkini.
6. Menyemak semua permohonan Geran Pembangunan Pasaran (MDG) yang lengkap dan memberi jawapan kepada pemohon dalam tempoh 10 hari bekerja.







