Anda di sini: PEMBELI LUAR NEGARA | Acara Perdagangan | Diadakan di Luar Negara
Anda di sini: PEMBELI LUAR NEGARA | Acara Perdagangan | Diadakan di Luar Negara

Diadakan di Luar Negara

Pameran Perdagangan Antarabangsa

Pameran Perdagangan

MATRADE menganjur dan menguruskan penyertaan Malaysia di dalam pameran perdagangan antarabangsa di luar negara. Pameran perdagangan merupakan satu titik permulaan yang baik bagi syarikat yang ingin mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pembeli asing yang berpotensi. MATRADE menyediakan bantuan dalam mengendalikan penempahan ruang, rekaan dan pembinaan gerai, publisiti sebelum acara dan penjadualan mesyuarat perniagaan dengan pembeli asing.

Senarai Aktiviti

 

Misi Perdagangan dan Pelaburan

MATRADE bersama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), menganjurkan secara tahunan beberapa misi perdagangan dan pelaburan kepada pasaran baru. Dengan menyertai misi perdagangan ini, syarikat Malaysia boleh meningkatkan rangkaian hubungan perniagaan dengan pegawai, ahli perniagaan dan pembeli diperingkat antarabangsa.

Senarai Aktiviti

 

Pemasaran Umum dan Misi Pemasaran Khusus

MATRADE menganjurkan misi pemasaran khusus di luar negara untuk mencari dan mengenal pasti peluang perdagangan bagi produk dan perkhidmatan yang terpilih. Selain daripada menghasilkan jualan berpotensi, misi ini juga membuka peluang untuk memperluaskan rangkaian perniagaan

Senarai Aktiviti : Pemasaran Umum

Senarai Aktiviti : Misi Pemasaran Khusus

 

Kaunter Promosi

MATRADE membuka Kaunter Promosi di pameran perdagangan terpilih untuk menyebarkan informasi mengenai produk dan perkhidmatan dari Malaysia termasuklah juga mempamerkan katalog produk dan perkhidmatan daripada Syarikat Malaysia. Kaunter Promosi adalah satu alternatif yang kos efektif bagi pengeksport Malaysia mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Senarai Aktiviti : Kaunter Promosi

Senarai Aktiviti : Lawatan Promosi Perdagangan

Senarai Aktiviti : Aktiviti Promosi Bersama

Dikemaskini oleh Bahagian Galakan Perdagangan & Perkhidmatan I