Anda di sini: PEMBELI LUAR NEGARA | Acara Perdagangan | Diadakan di Malaysia | Dianjurkan oleh MATRADE
Anda di sini: PEMBELI LUAR NEGARA | Acara Perdagangan | Diadakan di Malaysia | Dianjurkan oleh MATRADE

Dianjurkan oleh MATRADE

INTRADE

INTRADE Malaysia ialah satu pameran bertaraf antarabangsa untuk meningkatan rangkaian perniagaan , pemadanan perdagangan, pertukaran idea dan sumber inspirasi di kalangan masyarakat perdagangan pelbagai negara terutama mereka yang ingin menembusi ke dalam pasaran eksport global.Tidak kira apa pengkhususan syarikat anda, anda boleh turut serta bersama-sama syarikat-syarikat ternama luar negara yang mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti di INTRADE Malaysia, bertemu dengan pembeli-pembeli perdagangan dari serata dunia, memperkuat rangkaian dan meneroka peluang-peluang perniagaan melalui interaksi secara langsung dengan rakan-rakan perdagangan lain.

INTRADE Malaysia 2012 akan berlangsung pada 27-29 November 2012 di MATRADE, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.intrademalaysia.my 


 

MIHAS

Sebagai sebuah negara Islam yang moden, aman dan makmur Malaysia amat dihormati di kalangan negara anggota OIC. Malaysia mempunyai kelebihan dalam usaha memperjuangkan industri Halal. Kedudukan Malaysia yang strategik di Asia, amat ideal untuk menggalakan perkembangan industri Halal dengan penjualan produk halal yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa melalui INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE (MIHAS).

Dirasmikan pada tahun 2004 dengan tujuan utama membina pasaran dan penjualan untuk produk makanan halal, produk pengguna dan perkhidmatan secara global, pameran merupakan acara tahunan yang menjadi pusat tumpuan pemain-pemain industri halal. MIHAS menonjolkan konsep halal dari segala segi termasuk farmaseutikal, produk herba, kosmetik dan jagaan kesihatan sehinggalah kepada perkhidmatan pelaburan, perbankan dan takaful berlandaskan prinsip Islam. Setiap tahun, MIHAS menjadi hos kepada lebih 500 pembeli dan memadankan mereka dengan peserta MIHAS dari Malaysia.

Kini, MIHAS adalah acara terkemuka yang tidak hanya terhad kepada negara-negara anggota Asean, malah telah berjaya menarik penyertaan pempamer antarabangsa dari serata dunia di Pavilion Antarabangsa. Dengan ini, MIHAS berupaya menebusi pasaran-pasaran baru yang komited untuk membekal produk halal dan seterusnya membentuk pasaran generasi pengguna terkini yang mahukan produk halal yang berkualiti.

MIHAS menjadi pintu masuk terbaik untuk pasaran dunia masuk ke dalam dan subur dalam Islam global pasaran ASEAN. MIHAS dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

MIHAS 2012 telah berlangsung pada 4-7 April 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.halal.com.my


 

MSE

Malaysia Services Exhibition (MSE) merupakan siri pameran anjuran MATRADE untuk mempamer dan mempromosi perkhidmatan Malaysia di luar negara. MSE merupakan penjenamaan Malaysia dalam industri perkhidmatan yang berkembang pesat dan dinamik.

MSE 2012 telah berlangsung pada 30 April - 3 Mei 2012 di Pusat Pameran Doha, Qatar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysianservices.com

Dikemaskini oleh Bahagian Galakan Perdagangan & Perkhidmatan I