Anda di sini: PEMBELI LUAR NEGARA | Carian Pembekal dan Penyedia Perkhidmatan Malaysia | Direktori Halal Malaysia
Anda di sini: PEMBELI LUAR NEGARA | Carian Pembekal dan Penyedia Perkhidmatan Malaysia | Direktori Halal Malaysia

Direktori Halal Malaysia

Piawaian halal Malaysia diiktiraf di seluruh dunia, bukan sahaja di negara Islam malah juga di negara bukan Islam. Halal Malaysia menepati standard ISO - MS1500: 2004 - Standard untuk Pembuatan, Pengendalian dan Penyimpanan makanan Halal, telah dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Standard ini juga menepati standard antarabangsa seperti Good Manufacturing Practice (GMP) dan Good Hygiene Practice (GHP).

Malaysia mempunyai kepakaran bukan sahaja dalam bidang agama Islam tetapi juga keupayaan perkembangan dalam sains dan teknologi terkini, terutamanya dalam bidang sains makanan, biokimia dan mikrobiologi selain daripada pengurusan perniagaan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dipertanggunjawapkan sebagai badan pengawal piawaian Halal sejak Ogos 2009. Direktori Halal Malaysia ini mempamerkan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan MATRADE dan mempunyai produk yang disahkan Halal. Untuk pengesahan pensijilan halal, sila rujuk kepada laman web www.halal.gov.my.

Produk Halal

Lihat Senarai

Perkhidmatan Halal

Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha dalam menerajui sektor perkhidmatan halal termasuk pembiayaan berlandaskan Islam, logistik dan penghantaran Halal. Perkhidmatan Halal telah berkembang pesat dan merupakan salah satu sektor penting dalam industri halal Malaysia.

Perkhidmatan Pembiayaan Berlandaskan Islam

Lihat Senarai

Perkhidmatan Logistik Bersepadu

Lihat Senarai
"Tugas MATRADE dalam pembangunan industri Halal adalah untuk menyediakan peluang untuk pemain industri Halal mencari pasaran untuk produk dan perkhidmatan di luar negeri."

Updated by Halal, Biotech, Herbs and MIHAS Unit; Food, Biotech, Halal & Herbs Section, Trade Promotion & Services Division ll