Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Ke Arah Antarabangsa | Soalan Lazim
Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Ke Arah Antarabangsa | Soalan Lazim

Ke Arah Antarabangsa

 

  1. Bagaimanakah untuk saya menjadi pengeksport?
  2. Apakah yang boleh saya eksport?
  3. Adakah saya memerlukan lesen untuk mengekport?
  4. Di manakah untuk mendapatkan kelulusan untuk mengeksport?
  5. Bagaimanakah untuk mencari pembeli asing, pengedar atau agen bagi produk saya?
  6. Bagaimakah untuk meletakkan harga bagi produk saya untuk pasaran eksport?
  7. Apakah piawaian eksport?
  8. Apakah itu kod HS?
  9. Dimanakah saya boleh memeriksa duti import untuk negara lain?
  10. Adakah insentif diberikan kepada pengeksport?
  11. Apakah itu Sijil Sumber?
  12. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Penanda/Pengikhtirafan CE?
  13. Dimanakah saya boleh mendapatkan informasi berkenaan pasaran luar Negara?

1. Bagaimanakah untuk saya menjadi pengeksport?

Untuk menjadi seorang pengeksport, anda mesti terlebih dahulu mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang anda mempunyai pengetahuan dan mampu mengeluarkan dan memasarkannya. Pada dasarnya, produk itu harus dijual di pasaran domestik untuk menguji produk atau perkhidmatan tersebut. Selepas itu, syarikat tersebut boleh menceburi perniagaan eksport dengan mengenal pasti pasaran berpotensi bagi produk atau perkhidmatan tersebut. Di sini syarikat tersebut perlu menjalankan kajian pasaran untuk memastikan pasaran mana untuk memulakan pengeksportan dan apakah peraturan yang ada untuk mengimport produk/perkhidmatan tersebut ke negara yang dikenal pasti. Syarikat itu boleh menggunakan Perpustakaan Perniagaan MATRADE untuk mendapatkan kajian pasaran dan juga menghubungi Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di luar negara untuk bantuan.

2. Apakah yang boleh saya eksport?

Kebanyakan barangan/perkhidmatan dengan bebasnya boleh dieksport ke mana-mana negara kecuali Israel. Ia merangkumi daripada produk makanan hinggalah ke produk elektrik dan elektronik, kimia, tekstil dan pakaian, kayu dan produk kayu, getah, plastik, mesin, barang mainan dan alat tulis.

3. Adakah saya memerlukan lesen untuk mengekport?

Walaupun, kebanyakan barangan bebas untuk dieksport, terdapat beberapa barangan tertentu yang boleh dieksport dengan kelulusan agensi kerajaan berkaitan, sementara yang lain hanya boleh dieksport di dalam keadaan tertentu. Pengelasan/Pengklasifikasi Perdagangan dan Arahan Duti Kastam Malaysia yang mengandungi senarai produk tertakluk kepada lesen/kelulusan mengeksport terdapat di Perpustakaan Perniagaan MATRADE untuk rujukan. Anda boleh lawati laman utama Jabatan Kastam DiRaja di www.customs.gov.my untuk maklumat lanjut.

4. Di manakah untuk mendapatkan kelulusan untuk mengeksport?

Anda tidak perlu kelulusan untuk mengeksport kecuali barangan yang memerlukan lesen/kelulusan mengeksport yang tersenarai di Pengelasan/Pengklasifikasi Perdagangan dan Arahan Duti Kastam Malaysia. Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) meluluskan permit eksport untuk barangan terpilih. Untuk keterangan lanjut anda boleh lawati laman utama MITI di www.miti.gov.my.

5. Bagaimanakah untuk mencari pembeli asing, pengedar atau agen bagi produk saya?

Terdapat beberapa cara untuk syarikat mencari perhubungan seperti berikut :-

  • Melalui Petunjuk MATRADE, pengemaskinian elektronik mingguan berkenaan peluang eksport di mana ia diedarkan kepada syarikat berdaftar dengan MATRADE yang mempunyai kepentingan untuk mengeksport.
  • Melalui penyertaan di dalam pesta perdagangan antarabangsa dan pameran di dalam dan luar negara.
  • Semasa mesyuarat perniagaan dianjurkan oleh MATRADE, semasa misi perdagangan dan misi penjualan khusus luar negara termasuklah di misi pembelian akan datang.
  • Perpustakaan Perniagaan MATRADE mempunyai kemasukan ke Pangkalan Data Pemgimport Asing dalam talian. Pangkalan data tersebut mengandungi senarai pengimport yang telah menghubungi MATRADE untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan di Malaysia. Perpustakaan itu juga mempunyai Direktori Pengimport untuk pelbagai negara. Syarikat boleh mengenal pasti pembeli bersesuaian daripada sumber ini dan menghubungi pembeli secara langsung.
  • Melalui Pesuruhjaya Perdagangan Luar Negara MATRADE untuk mendapatkan senarai pengimport asing bagi mana-mana produk/perkhidmatan.

6. Bagaimakah untuk meletakkan harga bagi produk saya untuk pasaran eksport?

Apabila menentukan harga produk bagi pasaran eksport, beberapa faktor mesti diambil kira. Selain daripada, kos pengeluaran, kos lain yang mesti diambil kira adalah kos pembungkusan, penlabelan dan menandakan produk, pengikhtirafan produk, pengangkutan dalam dan luar negara, insuran, duti import dan caj-caj lain. Ia juga amat penting untuk menentukan seksyen pasaran mana sesuai untuk produk tersebut dan apakah harga bagi produk yang serupa di pasaran sebelum menentukan harga produk tersebut untuk pasaran eksport.

7. Apakah piawaian eksport?

Kebiasaan bagi mana-mana negara mengenakan piawaian untuk produk yang ingin diimport. Syarikat perlu memenuhi keperluan ini untuk mengeksport produk mereka ke negara berkenaan. Sebagai contoh piawaian eksport adalah Tanda/Pengikhtirafan CE, Arahan Pembuangan Peralatan Elektrik dan Elektronik (PPEE) dan “EUREP GA Buah-buahan dan Sayur-sayuran”

8. Apakah itu kod HS?

Keterangan Komoditi Harmoni dan Sistem Kod, kebiasaannya dikenali sebagai kod HS digunakan untuk mengelaskan barangan untuk tujuan eksport/import. Pengelasan ini dijalankan secara percuma oleh Jabatan Kastam DiRaja dan pejabat cawangannya. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada www.customs.gov.my

9. Di manakah saya boleh memeriksa duti import untuk negara lain?

Buku Tarif Kastam bagi negara terpilih boleh diperolehi di Perpustakaan Perniagaan MATRADE. Maklumat ini juga boleh diperolehi daripada pejabat luar negara MATRADE.

10. Adakah insentif diberikan kepada pengeksport?

Terdapat pelbagai cukai dan bukan cukai insentif yang sedia ada bagi pengeksport. Ia termasuklah skim pemotongan cukai berganda, pengecualian cukai, pengecualian duti, kredit eksport dan aturan pembayaran dua hala. Untuk keterangan lanjut, syarikat boleh merujuk kepada Buku Panduan Perniagaan MATRADE berkenaan Program Bantuan Untuk Pengekport Malaysia yang tersedia di Perpustakaan Perniagaan MATRADE.

11. Apakah itu Sijil Sumber?

Sijil Sumber adalah untuk mengesahkan bahawa sesuatu produk itu dikeluarkan di Malaysia. Sijil ini boleh diperolehi daripada Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM). Untuk keterangan lanjut, syarikat boleh melawat laman www.fmm.org.my dan www.mccim.org.my

12. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Penanda/Pengikhtirafan CE?

Penanda CE adalah penanda keselamatan untuk menandakan bahawa produk tersebut telah mematuhi piawaian keselamatan Eropah. Mana-mana produk yang tergolong daripada Arahan Pendekatan Baru Kesatuan Eropah dan akan diletakkan di pasaran EU mesti mempunyai penanda CE. “CE” bermakna Pematuhan Eropah. Ia dikeluarkan oleh mana-mana badan yang telah dilantik untuk menguji dan mengikhtiraf. Di Malaysia syarikat boleh menghubungi TUV NORD (Malaysia) Sdn Bhd, di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya , SGS (Malaysia) Sdn Bhd di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau Bureau Veritas (M) Sdn Bhd di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya untuk mendapatkan nasihat sama ada produk anda memerlukan penanda CE dan juga pengikhtirafan/pensijilan. Informasi dan penerbitan mengenai penanda CE boleh di dapati di www.euroconform.com dan buku "CE-Marking , A Product Passport to Enter the EU" yang diterbitkan oleh MATRADE.

13. Dimanakah saya boleh mendapatkan informasi berkenaan pasaran luar Negara?

Informasi mengenai pasaran luar negara boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Sebagai permulaan, syarikat boleh memeriksa dengan Perpustakaan Perniagaan MATRADE untuk bahan rujukan. Rangkaian pegawai MATRADE di luar negara boleh membantu mendapatkan informasi pasaran. Ahli MATRADE juga menerima kemaskini melalui buletin Pasar Perdagangan/Trade Mart, yang diterbitkan oleh MATRADE untuk pengeksport di Malaysia yang diterbitkan secara dwibulanan