Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Pameran Eksport Malaysia | Products & Services | MEEC
Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Pameran Eksport Malaysia | Products & Services | MEEC

Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)

Di MEEC, anda dapat melihat yang terbaik dari perkhidmatan dan produk yang dibuat Malaysia.

Mengenai MEEC

Pusat Pameran Eksport Malaysia (Malaysian Export Exhibition Centre), atau lebih dikenali sebagai MEEC terletak di Menara MATRADE. MEEC merupakan pusat pameran tetap yang direka eksklusif bertujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan Buatan Malaysia, ruangan 2.514 meter persegi luas membolehkan pembeli asing dan delegasi perdagangan masuk untuk melihat pelbagai pilihan produk lebih dari 400 syarikat daripada 35 industri seperti pertanian, bahan kimia, elektrik dan elektronik, getah, plastik, farmasi, makanan dan minuman, kayu dan banyak lagi.

MEEC juga menyediakan produk dan perkhidmatan sumber penyelesaian kepada pembeli asing dengan menawarkan bantuan daripada kakitangan yang berpengalaman dan ramah untuk menjawab dan menangani semua soalan-soalan perdagangan yang berkaitan.

Lawati MEEC hari ini di mana anda dapat melihat yang terbaik dari perkhidmatan dan produk yang dibuat Malaysia.

Waktu Lawatan :

Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 12.15 T/hari
: 2.45 petang - 5.00 petang
Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Sesi Pameran :

1 tahun (Januari - Disember)

Kriteria Kelayakkan:

  • Syarikat mesti berdaftar sebagai ahli MATRADE
  • Produk dan perkhidmatan buatan Malaysia
  • Syarikat pembuatan, perdagangan dan penyedia perkhidmatan
  • Sesuai bagi syarikat yang bersedia mengeksport
  • Syarikat yang berupaya mengeksport

Yuran Penyertaan :

  • Ruang Pameran & Kawasan Pameran Gaya Hidup (lifestyle): RM1,200/setahun.
  • Perkhidmatan Profesional, Pembinaan, Pendidikan, Francais, Penjagaan Kesihatan, & lain-lain sektor perkhidmatan: RM600/setahun.

Perkhidmatan Untuk Pengeksport Malaysia :

  • Ruang/kawasan untuk mempamerkan pelbagai produk atau perkhidmatan terkini
  • Lokasi penyebaran informasi dan katalog produk, kad nama dan lain-lain bahan promosi pemamer kepada pengimport/ pelawat perdagangan yang berpotensi.
  • Bantuan daripada pegawai MEEC yang berpengalaman dalam mempromosi produk dan perkhidmatan kepada pembeli/pengimport.
  • Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan pertanyaan perdagangan secara percuma.
  • Mengatur pertemuan perdagangan di antara pengimport/pelawat asing dengan syarikat Malaysia secara percuma.

Perkhidmatan Untuk Pelawat Asing :

  • Satu pusat perhentian yang menyediakan pelbagai pameran produk dan perkhidmatan Buatan Malaysia.
  • Bahan-bahan promosi dan maklumat mengenai syarikat-syarikat pempamer di MEEC dan syarikat-syarikat tempatan yang terdapat di dalam pangkalan data MATRADE.
  • Pegawai dan kakitangan terlatih untuk memberi maklum balas segera bagi setiap pertanyaan perdagangan.
  • Khidmat nasihat perdagangan secara percuma.
  • Mengatur mesyuarat/pertemuan perdagangan antara pengimport/pelawat asing dengan syarikat Malaysia secara percuma.

 

Updated by MEEC Unit, Furniture & Lifestyle Section, Trade Promotion & Services Division ll