Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Perkhidmatan Untuk Pengeksport | Bantuan Nasihat & Sokongan Perdagangan | Soalan Lazim
Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Perkhidmatan Untuk Pengeksport | Bantuan Nasihat & Sokongan Perdagangan | Soalan Lazim

Sokongan & Penasihat Perdagangan

 

  1. Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai ahli MATRADE?
  2. Apakah faedah yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MATRADE?
  3. Bagaimanakah MATRADE boleh membantu saya untuk mencari pengimport yang berminat terhadap produk / perkhidmatan saya?
  4. Bagaimanakah saya boleh menyertai pameran/misi perdagangan dan pelaburan luar negara yang dianjurkan oleh MATRADE?
  5. Apakah jenis program latihan yang dianjurkan oleh MATRADE?
  6. Bagaimanakah untuk saya mendapatkan maklumat terkini berkenaan produk / perkhidmatan?
  7. Di manakah saya boleh mendapatkan pengeksport Malaysia / syarikat pengilangan?
  8. Bolehkah MATRADE mendaftarkan dan menyokong Pameran Perdagangan dan Industri di Malaysia?
  9. Bagaimanakah untuk saya mendapatkan salinan buletin Pasar Perdagangan/Trade Mart? Bolehkah saya membeli buletin Pasar Perdagangan?
  10. Apakah program sokongan yang ditawarkan oleh MATRADE kepada Perusahaan Kecil & Sederhana?
  11. Apakah itu PPEM?
  12. Bagaimanakah Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE boleh membantu saya untuk mempromosikan produk/perkhidmatan saya?

1. Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai ahli MATRADE?

Pengeksport Malaysia atau syarikat sedia mengeksport adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli MATRADE dengan mendaftar secara atas talian dengan menekan di sini atau menghantar Borang Pendaftaran Pengeksport Malaysia kepada Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Pendaftaran sebagai ahli MATRADE adalah percuma.

2. Apakah faedah yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MATRADE?

Faedah sebagai Ahli MATRADE adalah seperti berikut :

  • Padanan Perdagangan dengan pembeli-pembeli asing dan mendapat makluman terkini mengenai aktiviti promosi perdagangan yang dijalankan oleh MATRADE.
  • Akses kepada maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh rangkaian pejabat MATRADE seluruh dunia yang berpejabat di 30 bandar perdagangan utama.
  • Berita mingguan berkenaan peluang eksport dan perdagangan luar negara menerusi Trade Leads dan MATRADE ONLINE News 2 minggu sekali yang dihantar secara emel
  • Profil syarikat akan disenaraikan di dalam pangkalan data pengekport MATRADE dan laman web MATRADE
  • Kemasukkan percuma ke Perpustakaan Perniagaan MATRADE yang mempunyai liputan sumber yang meluas seperti direktori perniagaan, profil negara, jadual tarif, laporan pasaran, majalah dan statistik.
  • Akses ke Web OPAC untuk melihat koleksi Perpustakaan Perniagaan daripada terminal komputer anda.
  • Mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat ke luar negara dengan menyertai misi perdagangan dan pelaburan, pameran perdagangan dan gerai promosi yang dijalankan oleh MATRADE.
  • Layak untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan syarikat di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)
  • Menyertai seminar pembangunan eksport MATRADE dan program kemahiran pemasaran.
  • Makluman terkini mengenai E-Commerce melalui laman web MATRADE.

3. Bagaimanakah MATRADE boleh membantu saya untuk mencari pengimport yang berminat terhadap produk / perkhidmatan saya?

Syarikat anda boleh mencari pembeli/pengimport asing dengan :

  • Menyertai pameran perdagangan, gerai promosi, misi perdagangan dan pelaburan, misi pemasaran khas/khusus yang diselaraskan oleh MATRADE
  • Menghubungi pengimport asing yang tersenarai di Trade Leads
  • Akses ke Pangkalan Data Pengimport Asing yang terdapat di Perpustakaan Perniagaan MATRADE
  • Menghubungi Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di luar negara

4. Bagaimanakah saya boleh menyertai pameran/misi perdagangan dan pelaburan luar negara yang dianjurkan oleh MATRADE?

Syarikat boleh melayari laman web MATRADE untuk mendapatkan senarai pameran/misi pelaburan dan perdagangan beserta borang pendaftaran. Surat jemputan ke program yang dianjurkan oleh MATRADE akan dipos atau difaks kepada syarikat yang berdaftar dengan MATRADE.

5. Apakah jenis program latihan yang dianjurkan oleh MATRADE?

Bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh MATRADE mendedahkan pengeksport mengenai pembangunan perdagangan dan peluang perniagaan di pasaran antarabangsa. Latihan ini merangkumi pelbagai topik seperti peluang eksport di pasaran baru, peningkatan imej produk, keperluan teknikal dan perubahan pasaran. Syarikat boleh melihat senarai latihan/bengkel tersebut melalui laman web MATRADE.

6. Bagaimanakah untuk saya mendapatkan maklumat terkini berkenaan produk / perkhidmatan?

Syarikat berdaftar dengan MATRADE boleh masuk ke Perpustakaan Perniagaan MATRADE secara percuma untuk membuat kajian dan mengumpul informasi perniagaan antarabangsa bagi menembusi pasaran baru. Pengguna tidak berdaftar dengan MATRADE akan dkenakan caj RM20 sehari. Maklumat terkini di dalam perpustakaan adalah “Perkhidmatan Keprihatinan Terkini” yang menyediakan informasi dalam talian bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti bahan-bahan baru yang tersedia di dalam perpustakaan tersebut.

7. Di manakah saya boleh mendapatkan pengeksport Malaysia / syarikat pengilangan?

Syarikat perniagaan tempatan dan syarikat asing yang mencari pengeksport Malaysia/syarikat pengilangan boleh masuk ke pangkalan data Pengeksport Malaysia dalam talian yang mengandungi pengusaha kilang, peniaga dan pemberi perkhidmatan. Dikategorikan kepada 30 produk dan 10 sektor perkhidmatan, pangkalan data yang senang digunakan ini boleh digunakan untuk mencari dan menghubungi pembekal Malaysia.

8. Bolehkah MATRADE mendaftarkan dan menyokong Pameran Perdagangan dan Industri di Malaysia?

Jika syarikat / organisasi anda ingin mendaftarkan perdagangan berkaitan pameran dan mendapatkan sokongan MATRADE, anda perlu menghantar Borang Pendaftaran (R1) dan Borang Sokongan (E1). Borang tersebut terdapat di laman web MATRADE dan pendaftaran adalah percuma.

9. Bagaimanakah untuk saya mendapatkan salinan buletin Pasar Perdagangan? Bolehkah saya membeli buletin Pasar Perdagangan?

Pasar Perdagangan/Trade Mart adalah surat berita dwibulanan diterbitkan oleh MATRADE yang mengandungi berita perdagangan, ringkasan pasaran dan pengumuman perdagangan antrabangsa. Ia diedarkan secara percuma kepada semua ahli MATRADE dan boleh juga dimuat turun daripada laman web.

10. Apakah program sokongan yang ditawarkan oleh MATRADE kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)?

Bantuan Pembangunan Pasaran (BPP) dan Bantuan Promosi Jenama (BPJ) adalah dua program bantuan utama yang ditawarkan oleh MATRADE untuk membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) untuk menjalankan aktiviti pembangunan pasaran eksport. Bagi BPP, syarikat boleh mendapatkan 50% bantuan berpadanan dengan kos yang telah diluluskan untuk aktiviti yang layak. Bagi BPJ pula, bantuan dibahagikan kepada bantuan pengembalian 100% untuk pembangunan dan promosi jenama tertakluk kepada bantuan maksima berjumlah RM1 juta bagi KPS dan 50% pengembalian bantuan tertakluk kepada bantuan maksima sebanyak RM2 juta bagi bukan KPS.

11. Apakah itu PPEM?

PPEM atau juga dikenali sebagai Pusat Pameran Eksport Malaysia (PPEM) adalah satu kawasan peragaan yang diuruskan oleh MATRADE. Syarikat berdaftar dengan MATRADE boleh memperagakan produk/perkhidmatan dari Malaysia dan menonjolkan syarikat mereka kepada pembeli asing dan perwakilan perdagangan akan datang.

12. Bagaimanakah Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE boleh membantu saya untuk mempromosikan produk/perkhidmatan saya?

Pesuruhjaya Perdagangan Luar Negara boleh menyediakan informasi mengenai menjalankan perniagaan di pasaran luar negara dan menghubungkan produk/perkhidmatan dari Malaysia kepada pembeli asing. Syarikat dari Malaysia adalah dijemput untuk melawat pejabat luar negara MATRADE bila-bila masa apabila mereka ke sana untuk berhubung dan mencari bantuan terutamanya amalan perniagaan tempatan di negara tersebut.