Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Perkhidmatan Untuk Pengeksport | Pembangunan Pengeksport | Pembangunan Pengeksport Baru
Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Perkhidmatan Untuk Pengeksport | Pembangunan Pengeksport | Pembangunan Pengeksport Baru

Pembangunan Pengeksport Baru

Program ini bertujuan untuk melahirkan pengeksport kompetitif dan berterusan

Program Pembangunan Pengeksport baru MATRADE terbahagi kepada dua kategori iaitu :

  1. Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) dan
  2. Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP)

Bertujuan untuk melahirkan pengeksport-pengeksport kompetitif dan mampan, program ini dimulakan dengan suatu falsafah yang menekankan pembangunan nilai-nilai dalaman usahawan termasuk etika, sikap, pengetahuan dan kecekapan.

Penyertaan dalam program ini berdasarkan pada jemputan di mana syarikat yang dikenalpasti melalui penghantaran maklumat mereka kepada MATRADE. MATRADE juga mengenalpasti syarikat yang mempunyai potensi tinggi melalui sumber-sumber seperti peristiwa perdagangan, direktori PKS dan agensi kerajaan yang lain.

Syarikat yang disenarai pendekkan tertakluk kepada lawatan audit kilang dan penilaian oleh MATRADE. MATRADE menggunakan model Persediaan Pengeksport dan Penilaian Kemampuan (ERCA) untuk menilai syarikat untuk pemilihan ke dalam program. Syarikat yang terpilih akan menjalani program selama tiga tahun.

  • Pertanyaan

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

    Unit Pembangunan Pengeksport Baru
    Tingkat 21, Menara MATRADE
    Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
    50480 Kuala Lumpur
    Tel: 603-6207 7077
    Faks: 603-6203 7194

Dikemaskini oleh Unit Pembangunan Pengeksport Baru, Bahagian Pembangunan Pengeksport