Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Perkhidmatan Untuk Pengeksport | Pembangunan Pengeksport | Program Latihan Pengeksport
Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Perkhidmatan Untuk Pengeksport | Pembangunan Pengeksport | Program Latihan Pengeksport

Program Latihan Pengeksport

MATRADE mengadakan seminar dan bengkel untuk membimbing pengeksport baru.

MATRADE mengadakan seminar dan bengkel untuk memandu pengeksport-pengeksport baru dan mengemaskini pengeksport baru yang sedia ada terhadap pembangunan perdagangan dan peluang-peluang perniagaan dalam pasaran antarabangsa. Topik-topik termasuk peluang eksport dalam pasaran khusus dan pertukaran rejim, prosedur eksport, pembangunan jenama, pembungkusan produk, pemasaran antarabangsa, e-dagang dan dokumentasi perdagangan.

Inisiatif Eksport PKS

Selain daripada membangunkan pasaran luar negeri untuk produk dan perkhidmatan Malaysia, MATRADE juga melaksanakan program latihan untuk meningkatkan kesedaran antara komuniti perniagaan tempatan tentang peluang-peluang eksport serta membangunkan kemahiran pemasaran eksport mereka.

Selain program latihan, perundingan perniagaan pula menyediakan khidmat penasihat, menerbitkan direktori dan buku-buku panduan serta menyebarkan maklumat melalui laman web dan berita dalam talian.

Mempertingkatkan Pengetahuan Pengeksport

Untuk meningkatkan pengetahuan pengeksport kepada kebolehcapaian pasaran, syarat perdagangan global dan amalan perdagangan, MATRADE mengadakan program-program latihan eksport untuk pengeksport Malaysia dan bakal pengeksport. Topik-topik meliputi penjenamaan, taklimat negara, peraturan mengimport, produk antarabangsa dan piawaian alam sekitar, pembiayaan perdagangan, pasaran terkini dan kehendak pasaran.

Sementara MATRADE mengorganisasi sesetengah programnya, ia juga bekerjasama dengan pihak lain seperti agensi-agensi Kerajaan, sektor-sektor swasta, institusi kewangan dan kedutaan-kedutaan asing untuk mengelolakan seminar dan bengkel.

Updated by SME Development & Exporters Training Unit, Exporters Development Division