Pameran Perdagangan berfungsi sebagai titik permulaan yang baik bagi syarikat yang ingin mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
AKTIVITI PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Pameran Perdagangan
MATRADE menganjur dan menguruskan penyertaan Malaysia di pameran perdagangan di luar negara. Ia membantu dalam mengendalikan penempahan, reka bentuk dan pembinaan ruang pameran, pra-publisiti dan penjadualan pertemuan dengan pengimport.
Misi Perdagangan dan Pelaburan
MATRADE bersama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), menganjurkan secara tahunan beberapa misi perdagangan dan pelaburan kepada pasaran baru. Dengan menyertai misi perdagangan ini, syarikat Malaysia boleh meningkatkan rangkaian hubungan perniagaan dengan pegawai, ahli perniagaan dan pembeli diperingkat antarabangsa.
Misi Pemasaran Umum
Misi pemasaran Umum di luar negeri ditetapkan untuk menjelajah dan mengenal pasti peluang perdagangan. Selain menghasilkan potensi jualan, misi ini juga membawa peluang untuk memperluaskan rangkaian perniagaan. Misi ini akan fokus pada pertemuan perniagaan individu antara delegasi Malaysia dan pengusaha tempatan, taklimat mengenai peluang perniagaan dan lawatan ke organisasi perniagaan dan syarikat yang berkaitan.
Misi Pemasaran Khusus
MATRADE menganjurkan misi pemasaran khusus di luar negara untuk mencari dan mengenal pasti peluang perdagangan bagi produk dan perkhidmatan yang terpilih. Selain daripada menghasilkan jualan berpotensi, misi ini juga membuka peluang untuk memperluaskan rangkaian perniagaan
Kaunter Promosi
MATRADE membuka Kaunter Promosi di pameran perdagangan terpilih untuk menyebarkan informasi mengenai produk dan perkhidmatan dari Malaysia termasuklah juga mempamerkan katalog produk dan perkhidmatan daripada Syarikat Malaysia. Kaunter Promosi adalah satu alternatif yang kos efektif bagi pengeksport Malaysia mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
Lawatan Penggalakan Perdagangan
Lawatan oleh Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE ke pelbagai tempat bagi memahami dan meneroka peluang pasaran baru. Melalui lawatan ini juga, jalinan perniagaan dapat ditingkatkan dan menggalakkan penyertaan pengimport di dalam misi belian yang dianjurkan oleh MATRADE.
Aktiviti Promosi Bersama
Aktiviti Promosi Bersama dengan Pertubuhan Promosi Perdagangan yang lain, membantu mempromosikan dan memperkukuhkan kerjasama ekonomi dengan rakan kongsi serantau kami. Rakan kongsi kami untuk kolaborasi ini termasuk Jetro, Forum Promosi Perdagangan Asia (ATPF), ASEAN-Jepun Centre (AJC) dan ASEAN-Korea Centre (AKC). Program kerjasama ini terdapat dalam bentuk penyertaan dalam pameran perdagangan, memaparkan produk pada ruangan pameran tetap pusat masing-masing dan pembangunan kapasiti bagi pengeksport.






