Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Perkhidmatan Untuk Pengeksport | Promosi Eksport | Anugerah Kecemerlangan Industry
Anda di sini: PENGEKSPORT MALAYSIA | Perkhidmatan Untuk Pengeksport | Promosi Eksport | Anugerah Kecemerlangan Industry

Anugerah Kecemerlangan Industri

Pengiktirafan keunggulan organisasi.

Objektif

 

  • Pengiktirafan ke atas kecemerlangan organisasi;
  • Kesedaran dan pencapaian kualiti;
  • Menggalakkan pengeluaran barang/perkhidmatan yang berkualiti;
  • Perkongsian maklumat mengenai strategi kejayaan dan pelaksanaan.

Jenis Anugerah

Anugerah Kecemerlangan Industri Perdana Menteri

Pemenang Anugerah ini akan dipilih dari kalangan pemenang-pemenang Anugerah Kecemerlangan Produk, Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti, Anugerah Kecemerlangan Eksport (Dagangan), Anugerah Kecemerlangan Eksport (Perkhidmatan), Anugerah Kecemerlangan Jenama (Dagangan) dan Anugerah Kecemerlangan Jenama (Perkhidmatan – Profesional dan Bukan Profesional) .

Anugerah Kecemerlangan Produk

Kategori I

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan kurang dari RM10 juta.

Kategori II

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan di antara RM10 juta dan RM25 juta.

Kategori III

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan di antara RM25 juta dan RM100 juta.

Kategori IV

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan melebihi RM100 juta atau syarikat milik asing.

Kriteria Penghakiman

Prestasi dan Kualiti Produk

  1. Prestasi jualan
  2. Reka bentuk dan persembahan produk

* Fungsi produk

* Keunikan produk/proses

* Ergonomik dan keselamatan

* Conforms to required standards

3. Sistem penentuan kualiti

4. Maklumbalas pengguna & sistem sokongan

* Termasuk jaminan produk

Kandungan Teknologi

1. Inovasi teknologi

* Inovasi praktikal

2. Novelti

* Perintis/ Ubahsuai

3. Sumber teknologi

* Tempatan/asing/campuran

4. Tahap insiatif penyelidikan dan pembangunan

5. Inisiatif penambahbaikan produk

Kandungan Tempatan

  1. Penggunaan bahan tempatan / komponen tempatan

Pencapaian dan/atau Pengiktirafan Produk

Kesan Sosioekonomi

  1. Kesan kepada alam sekitar;

* Produk

* Kepatuhan syarikat

2. Kilang/persekitaran pengeluaran, contohnya kebajikan pekerja, kemudahan-kemudahan, kesihatan dan keselamatan, latihan dan sebagainya.

Penyerahan Borang Penyertaan

Sekretariat,
Jawatankuasa Teknikal Anugerah Kecemerlangan Produk 2010
Bahagian Standard dan Kualiti
Tingkat 3, Block 3,
SIRIM Berhad,
1, Persiaran Dato’ Menteri
Seksyen 2, Peti Surat 7035
40911 Shah Alam
U.p : Cik Lili Masni Ab.Jalil ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )
Tel: 03-5544 6346
Faks: 03-55446334
Laman Web: http://www.sirim.my

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti

Kategori I

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan kurang dari RM10 juta.

Kategori II

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan di antara RM10 juta dan RM25 juta.

Kategori III

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan di antara RM25 juta dan RM100 juta.

Kategori IV

Terbuka (Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan melebihi RM100 juta dan syarikat multinasional).

Kriteria Penghakiman

  1. Kepimpinan pengurusan atasan dan pengurusan kualiti;
  2. Pengurusan data dan maklumat kualiti;
  3. Pengurusan sumber manusia;
  4. Fokus terhadap pelanggan
  5. Jaminan kualiti perkhidmatan pembekal luar;
  6. Pengurusan proses; dan
  7. Pencapaian kualiti dan operasi/perniagaan.

Penyerahan Borang Penyertaan

Sekretariat,
Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti 2010,
Block B, Unit Anugerah dan Pengiktirafan ,
Perbadanan Produktiviti Malaysia,
Lorong Produtiviti,
Off Jalan Sultan,
46200 Petaling Jaya, Selangor
U.p :
Cik Yee Yann Lee ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )
En. Suhaimi Hamad ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )
Tel: 03-7955 7266
Faks: 03-7957 8068
Laman Web : http://www.mpc.gov.my

Anugerah Kecemerlangan Eksport (Dagangan)

Kategori I

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM10 juta.

Kategori II

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan di antara RM10 juta dan RM25 juta.

Kategori III

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan di antara RM25 juta dan RM100 juta.

Kategori IV

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan melebihi 100 juta.

Kategori V

Syarikat asing yang diperbadankan di Malaysia

Kriteria Penghakiman

  1. Prestasi eksport;
  2. Penembusan pasaran;
  3. Pembangunan barangan;
  4. Operasi pemasaran;
  5. Pengurangan penggunaan komponen import;
  6. Pengiktirafan diterima; dan
  7. Sumbangan sosial.

 

Anugerah Kecemerlangan Eksport (Perkhidmatan)

Kategori I

Syarikat tempatan dalam bidang perkhidmatan profesional/perunding (seperti di bidang Perkhidmatan Kejuruteraan/Arkitek/Perundangan dan lain-lain).

Kategori II

Syarikat tempatan dalam bidang Perkhidmatan Pendidikan.

Kategori III

Syarikat tempatan dalam bidang Perkhidmatan Pembinaan.

Kategori IV

Syarikat tempatan dalam bidang Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kategori V

Terbuka kepada syarikat tempatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak disenaraikan dalam Kategori I, II, III dan IV.

Kriteria Penghakiman

  1. Prestasi eksport;
  2. Penembusan pasaran;
  3. Pengiktirafan diterima;
  4. Operasi pasaran;
  5. Pembangunan perkhidmatan;
  6. Kaedah/alat promosi;;
  7. Penggunaan kakitangan profesional; dan
  8. Sumbangan kepada komuniti/industri.


Anugerah Kecemerlangan Jenama (Dagangan)

Kategori l

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM10 juta.

Kategori ll

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan di antara RM10 juta dan kurang daripada RM25 juta.

Kategori III

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan di antara RM25 juta dan kurang daripada RM50 juta.

Kategori IV

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan RM50 juta ke atas.

Kriteria Penghakiman

  1. Strategi penjenamaan dan pelan pemasaran;
  2. Sijil/pengiktirafan yang diterima;
  3. Penggunaan kakitangan profesional (Jaminan Kualiti/Kawalan Kualiti);
  4. Pasaran eksport bagi jenama berkenaan; dan
  5. Prestasi eksport/jualan.

 

Anugerah Kecemerlangan Jenama (Perkhidmatan Profesional)

Kategori l

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM10 juta.

Kategori ll

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan RM10 juta ke atas.

Kriteria Penghakiman

  1. Strategi penjenamaan dan pelan pemasaran;
  2. Sijil/pengiktirafan yang diterima;
  3. Penggunaan kakitangan profesional (Jaminan Kualiti/Kawalan Kualiti);
  4. Pasaran eksport bagi jenama berkenaan; dan
  5. Prestasi eksport/jualan.

Anugerah Kecemerlangan Jenama (Perkhidmatan Bukan Profesional)

Kategori l

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM10 juta.

Kategori ll

Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan RM10 juta ke atas.

Kriteria Penghakiman

  1. Strategi penjenamaan dan pelan pemasaran;
  2. Sijil/pengiktirafan yang diterima;
  3. Penggunaan kakitangan profesional (Jaminan Kualiti/Kawalan Kualiti);
  4. Pasaran eksport bagi jenama berkenaan; dan
  5. Prestasi eksport/jualan.

Anugerah Khas Kecemerlangan Produk (Produk Berinovatif)

Kriteria Penghakiman

Produk

  1. Prestasi dan kesan produk kepada pengguna;
  2. Kesan produk kepada alam sekitar;
  3. Keselamatan keluaran; dan
  4. Paten bagi keluaran/paten dipohon.

 

Teknologi

  1. Inovasi teknologi;
  2. Program penyelidikan dan pembangunan dalam kilang;
  3. Penggunaan reka bentuk/teknologi/peralatan tempatan; dan
  4. Reka bentuk produk/proses pengeluaran.

Penyerahan Borang Penyertaan

Sekretariat,
Jawatankuasa Teknikal Anugerah Kecemerlangan Jenama 2011,
Standards and Quality Division,
SIRIM Berhad, 3rd Floor, Block 3,
1, Persiaran Dato' Menteri,
P. O Box 7035 , Section 2,
40911 Shah Alam, Selangor
U.p :
Cik Lili Masni Ab.Jalil ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )
Tel: 03-5544 6346
Faks: 03-55446334
Laman Web: http://www.sirim.my

 

Insentif

1.Sebuah trofi dan sijil kemenangan;

2.Hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit) kepada pemenang Anugerah Kecemerlangan Industri Perdana Menteri;

3. Layak menggunakan Logo Anugerah sebagai bahan publisiti bagi tempoh tiga (3) tahun dari tarikh menerima Anugerah;

4. Layak menerima pengecualian cukai sebanyak 100% daripada jumlah peningkatan eksport bagi pemenang Anugerah Kecemerlangan Eksport (Dagangan dan Perkhidmatan) atau Anugerah Kecemerlangan Jenama (Dagangan dan Perkhidmatan). Bagi pengiraan pengecualian cukai, jumlah peningkatan eksport yang dikecualikan adalah tidak melebihi 70% daripada jumlah pendapatan berkanun bagi tahun taksiran semasa. Jika jumlah peningkatan eksport bagi tahun taksiran semasa melebihi 70% daripada pendapatan berkanun bagi tahun taksiran tersebut, maka baki atau jumlah peningkatan eksport tersebut yang belum dikecualikan akan dibawa ke tahun taksiran berikutnya sehingga jumlah peningkatan eksport tersebut dikecualikan daripada cukai sepenuhnya. Bagi menikmati insentif cukai ini, syarikat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti pegangan oleh warganegara Malaysia. Mana-mana syarikat yang telah diberi insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 (kecuali potongan bagi penggalakan eksport) adalah tidak layak untuk menikmati insentif cukai ini;

5. Pengecualian yuran penyertaan bagi satu ruang pameran standard bagi tiga (3) pameran perdagangan antarabangsa atau yuran penyertaan seorang perserta bagi tiga (3) misi perdagangan anjuran MATRADE, tertakluk kepada maksima tiga (3) bandar. Insentif ini mesti diguna dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh menerima Anugerah;

6. Pengecualian yuran penyertaan bagi ruang pameran di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) di Ibu Pejabat MATRADE dan Pusat Perdagangan MATRADE yang lain bagi satu sesi pameran tetap. Insentif ini mesti diguna dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh menerima Anugerah;

7. Publisiti meluas diberi mengenai profil syarikat dan produk/perkhidmatan oleh Pejabat-pejabat Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di luar negara;

8. Dimuatkan dalam satu majalah keluaran MATRADE dan diberi ruang untuk mengiklankan produk/perkhidmatan syarikat dalam direktori eksport MATRADE;

9. Dicalonkan untuk menyertai Anugerah Perdana Menteri untuk Kecemerlangan Industri;

10. Diskaun sebanyak 20% bagi mana-mana program latihan yang dianjurkan oleh MPC;

11. Diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman kewangan yang disediakan oleh SME Corp Malaysia;

12.Profil syarikat dan produk/perkhidmatan diterbitkan dalam Buku Pemenang AKI dan diedarkan kepada semua pejabat MITI, MIDA dan MATRADE di luar negara sebagai bahan promosi;

13.Profil syarikat dan imej produk/perkhidmatan akan dipamerkan dalam laman web MITI, MPC, MATRADE dan SIRIM;

14. Keputusan pemenang disiarkan dalam akhbar.

 

NOTA:

(Syarikat tempatan merujuk kepada syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 51% ekuiti warganegara Malaysia)

  1. Penyertaan untuk Anugerah Kecemerlangan Industri Perdana Menteri, Anugerah Kecemerlangan Produk, Kecemerlangan Eksport (Dagangan & Perkhidmatan), Kecemerlangan Pengurusan Kualiti dan Kecemerlangan Jenama (Dagangan & Perkhidmatan) adalah terbuka kepada syarikat-syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat, 1965. Anak-anak syarikat atau unit-unit perniagaan berasingan sesebuah syarikat besar boleh menyertai anugerah ini sebagai identiti yang berasingan, jika mereka dapat memberi dokumen-dokumen sokongan bagi membuktikan wujudnya identiti organisasi korporat tersendiri seperti yang dinyatakan dalam penerbitan korporatnya.
  2. Penyertaan untuk Anugerah Kecemerlangan Eksport (Dagangan) dan Anugerah Kecemerlangan Eksport (Perkhidmatan) adalah terbuka kepada semua pengeksport barang-barang buatan tempatan dan pengeksport perkhidmatan yang telah beroperasi sekurang-kurang selama tiga (3) tahun yang lepas secara berterusan, iaitu sejak tahun 2008.
  3. Penyertaan untuk Anugerah Kecemerlangan Produk secara langsung melayakkannya untuk dipertimbangkan bagi Anugerah Khas Kecemerlangan Produk (Produk Berinovatif). Penyertaan lebih dari satu produk dibenarkan.
  4. Pemenang Anugerah Kecemerlangan Produk tidak layak bertanding untuk produk yang sama untuk 3 tahun berturut-turut. /li>
  5. Penyertaan dalam lebih dari satu anugerah adalah dibenarkan.
  6. Pemenang Anugerah bagi mana-mana kategori secara langsung layak dinilai dan dipertimbangkan untuk Anugerah Kecemerlangan Industri Perdana Menteri.

 

Penyampaian Anugerah

Anugerah Kecemerlangan Industri 2011 akan disampaikan pada tahun 2012.