- Bagaimanakah saya boleh menyertai pameran/misi perdagangan dan pelaburan luar negara yang dianjurkan oleh MATRADE?
- Bagaimanakah MATRADE boleh membantu saya untuk mencari pengimport yang berminat terhadap produk / perkhidmatan saya?
- Bolehkah MATRADE mendaftarkan dan menyokong Pameran Perdagangan dan Industri di Malaysia?
- Bagaimanakah Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE boleh membantu saya untuk mempromosikan produk/perkhidmatan saya?
- Bagaimana saya boleh menyertai dalam salah satu padanan perdagangan yang diadakan oleh MATRADE?
1. Bagaimanakah saya boleh menyertai pameran/misi perdagangan dan pelaburan luar negara yang dianjurkan oleh MATRADE?
Syarikat boleh melayari laman web MATRADE untuk mendapatkan senarai pameran/misi pelaburan dan perdagangan beserta borang pendaftaran. Surat jemputan ke program yang dianjurkan oleh MATRADE akan dipos atau difaks kepada syarikat yang berdaftar dengan MATRADE.
2. Bagaimanakah MATRADE boleh membantu saya untuk mencari pengimport yang berminat terhadap produk / perkhidmatan saya?
Syarikat anda boleh mencari pembeli/pengimport asing dengan :
- Menyertai pameran perdagangan, gerai promosi, misi perdagangan dan pelaburan, misi pemasaran khas/khusus yang diselaraskan oleh MATRADE
- Menghubungi pengimport asing yang tersenarai di Trade Leads
- Akses ke Pangkalan Data Pengimport Asing yang terdapat di Perpustakaan Perniagaan MATRADE
- Menghubungi Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di luar negara.
3. Bolehkah MATRADE mendaftarkan dan menyokong Pameran Perdagangan dan Industri di Malaysia?
Jika syarikat / organisasi anda ingin mendaftarkan perdagangan berkaitan pameran dan mendapatkan sokongan MATRADE, anda perlu menghantar Borang Pendaftaran (R1) dan Borang Sokongan (E1). Borang tersebut terdapat di laman web MATRADE dan pendaftaran adalah percuma. Klik sini (pautan ke panduan) untuk maklumat lanjut.
4. Bagaimanakah Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE boleh membantu saya untuk mempromosikan produk/perkhidmatan saya?
Pesuruhjaya Perdagangan Luar Negara boleh menyediakan informasi mengenai menjalankan perniagaan di pasaran luar negara dan menghubungkan produk/perkhidmatan dari Malaysia kepada pembeli asing. Syarikat dari Malaysia adalah dijemput untuk melawat pejabat luar negara MATRADE bila-bila masa apabila mereka ke sana untuk berhubung dan mencari bantuan terutamanya amalan perniagaan tempatan di negara tersebut.
5. Bagaimana saya boleh menyertai dalam salah satu padanan perdagangan yang diadakan oleh MATRADE?
Untuk padanan perdagangan, MATRADE akan mengundang syarikat Malaysia yang berdaftar dengan MATRADE untuk menyertai dalam acara perdagangan seperti MIHAS atau INTRADE. Namun, padanan perdagangan juga diadakan oleh MEEC dan juga di waktu lain di mana syarikat yang sesuai akan diberitahu. Sila melanggan RSS MATRADE yang terdapat di Portal MATRADE untuk kemaskini dan pendaftaran.







