Anda di sini: Dasar Privasi & Keselamatan
Anda di sini: Dasar Privasi & Keselamatan

Dasar Privasi dan Keselamatan

Dasar Privasi

Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Maklumbalas

Kami mengalukan sebarang maklumbalas atau pertanyaan pengguna.

Sekiranya informasi yang terkandung di laman web ini tidak mencukupi, pertanyaan atau maklumbalas pengguna akan disalurkan kepada lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan agar pengguna mendapat informasi yang dikehendaki.

Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada laman web yang lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan

Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dasar privasi laman web ini boleh diajukan melalui laman pertanyaan.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.