PELAN ANTIRASUAH MATRADE (OACP) 2021-2025
20 | PELAN ANTIRASUAH MATRADE 2021 - 2025 ISU DAN CABARAN MENANGANI RASUAH Rasuah wujud dalam pelbagai sektor dan bidang, tanpa mengira status atau kedudukan individu yang memberi atau menerima rasuah. Selain dari perbuatan yang jelas, memberi dan menerima sogokan, memberi sokongan (yang tidak sepatutnya diberi) melalui salah guna kuasa atau campur tangan dengan motif yang tidak betul juga boleh dianggap sebagai rasuah. Tekanan ekonomi dan sosial membuka ruang dan peluang kepada berlakunya rasuah dan pelanggaran etika dalam pengurusan awam. Secara amnya, isu rasuah boleh dibahagi kepada tiga (3) bidang: TADBIRURUS Ø Peruntukan undang-undang (Akta) yang lapuk/tidak lagi sesuai yang menjurus kepada kelemahan penguatkuasaan; dan Ø Kelemahan pengurusan maklumat dan proses kerja yang tidak teratur. KOMPETENSI Ø Kelemahan dalam membuat keputusan berasaskan maklumat yang tepat dan betul; Ø Kelewatan atau kelemahan dalam melaksanakan tugas dan tindakan yang ditetapkan menyebabkan penyampaian perkhidmatan tidak cekap; dan Ø Penguatkuasaan yang lemah. INTEGRITI Ø Penyalahgunaan kuasa dalam menjalankan tugas; Ø Kebocoran maklumat terperingkat; Ø Wujud ruang dan peluang untuk rasuah dan pelanggaran integriti semasa pelaksanaan tugas; dan Ø Campur tangan pihak yang berkepentingan dalam proses membuat keputusan. 1 2 3
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0