PELAN ANTIRASUAH MATRADE (OACP) 2021-2025
PELAN ANTIRASUAH MATRADE 2021 - 2025 | 25 PENILAIAN RISIKO MATRADE telah melaksanakan Penilaian Risiko Rasuah bagi mengenalpasti risiko-risiko berkaitan governans, integriti dan antirasuah di MATRADE yang mungkin menjejaskan operasi dan imej organisasi. Antara mekanisme yang digunakan bagi pelaksanaan penilaian risiko adalah: Mengenalpasti risiko-risiko governans, integriti dan antirasuah semasa Bengkel Pembangunan OACP 3-5 Disember 2019; Data-data dalaman organisasi seperti aduan, kes-kes tatatertib, laporan audit dalam, kajian kepuasan pelanggan dan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN); dan Data-data daripada agensi luar adalah seperti Laporan Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Pengaduan Awam (BPA). BIDANG-BIDANG BERISIKO Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, lima (5) bidang utama yang terdedah kepada risiko governans, integriti dan antirasuah di MATRADE yang telah dikenalpasti iaitu: · Pentadbiran · Tadbir Urus · Sumber Manusia · Perolehan dan Kewangan · Undang-undang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0