PELAN ANTIRASUAH MATRADE (OACP) 2021-2025
2 | PELAN ANTIRASUAH MATRADE 2021 - 2025 Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) 2021 - 2025 Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berjaya dibangunkan. Penyediaan OACPMATRADE ini adalah selari dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang berperanan sebagai kawalan efektif kepada agenda integriti organisasi untuk memantapkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan MATRADE kepada semua pihak yang berkepentingan selaku agensi promosi eksport negara di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pelaksanaan OACP MATRADE merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab bersama Warga MATRADE dalammemastikan segala aktiviti dan program yang dikendalikan sentiasa berteraskan amalan berintegriti dan tadbir urus yang baik serta bebas dari unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Sehubungan itu, saya menyeru agar Pihak Pengurusan dan Warga MATRADE dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha merealisasikan agenda OACP MATRADE ini. Untuk itu, Warga MATRADE perlulah memahami, menghayati sertamelaksanakan Pelan ini dengan luhur demi kejayaan bersama dalam memastikan MATRADE dikenali bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara sebagai sebuah organisasi yang membudayakan amalan berintegriti. Sesungguhnya matlamat murni ini hanya akan tercapai dengan sokongan padu dan usaha yang gigih dan berkekalan dari semua lapisan warganya. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Warga MATRADE yang telah terlibat dalam membangunkan OACP MATRADE 2021 - 2025 ini. Saya percaya pelaksanaan inisiatif-inisiatif Pelan ini dapat dilakukan melalui penghayatan yang mendalam di samping usaha penambahbaikan secara konsisten dan berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan MATRADE dapat disampaikan dengan lebih berkualiti, mantap dan berintegriti. Pengerusi MATRADE
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0