PELAN ANTIRASUAH MATRADE (OACP) 2021-2025
4 | PELAN ANTIRASUAH MATRADE 2021 - 2025 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MATRADE 2021 - 2025 merupakan dasar antirasuah MATRADE yang menjanjikan suatu komitmen dari agensi ini untuk membanteras gejala rasuah dalam penyampaian perkhidmatan MATRADE sebagai agensi promosi eksport negara. OACP MATRADE menggariskan perlaksanaan lima (5) strategi penting dalam penyampaian perkhidmatan MATRADE. Strategi-strategi terlibat adalah: i) Mempraktikkan Tadbir Urus MATRADE Yang Unggul; ii) Memperkasa Tadbir Urus MATRADE Berdasarkan Pekeliling Yang Berkuatkuasa; iii) Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan MATRADE; iv) Memperkasakan Pematuhan Kepada Peraturan Kewangan; dan v) Memperkasakan Kepatuhan Undang-Undang Dalam Operasi Pentadbiran Organisasi. Inisiatif-inisiatif yang ditetapkan dalam Pelan ini merupakan usaha-usaha yang telah dikenalpasti secara kolektif dalam menangani risiko rasuah dan ruang dan peluang berlakunya gejala tersebut di MATRADE. Bagi memastikan kejayaan OACP MATRADE ini, Warga MATRADE hendaklah bersama-sama berganding bahu dan bertekad untuk memastikan inisiatif- inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan telus, penuh bertanggungjawab dan berintegriti. Di samping itu, dengan pengendalian inisiatif-inisiatif tersebut, adalah menjadi harapan MATRADE untuk melahirkan warganya yang lebih menghayati dan membudayakan integriti dalammembentuk sebuah organisasi ulung bebas rasuah di Malaysia dan di mata dunia. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diberikan kepada YBhg. Dato’ Wan Latiff Wan Musa, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE yang telah banyakmembantu dalammerealisasikanOACPMATRADE ini. Tidak ketinggalan juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua Warga MATRADE yang terlibat dalam membangunkan OACP MATRADE 2021 - 2025 ini. Semoga OACP yang komprehensif ini dapat membantu Warga MATRADE menjadikannya panduan ke arah mencapai MATRADE yang bebas rasuah. Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0