PELAN ANTIRASUAH MATRADE (OACP) 2021-2025
6 | PELAN ANTIRASUAH MATRADE 2021 - 2025 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera OACP MATRADE 2021 - 2025 merupakan dasar yang mencerminkan kesungguhan kami sebagai Warga MATRADE untuk membenteras segala bentuk aspek rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam usaha membudayakan amalan berintegriti untuk semua sistem penyampaian perkhidmatan MATRADE. Unit Integriti MATRADE selaku penyelaras pelan ini telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kesemua program dan aktiviti bersangkutan aspek integriti dan juga teras nilai MATRADE seperti Global, Respect, Agile, Creative dan Ethical atau lebih dikenali sebagai GRACE di kalangan Warga MATRADE. Pelbagai inisiatif telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mengukuhkan nilai jati diri dan integriti Warga MATRADE dalam merealisasikan agenda integriti organisasi ini. Untuk menjadi sebuah organisasi yang gemilang, terbilang dan cemerlang di persana dunia, setiap Warga MATRADE perlulah mengamalkan nilai-nilai murni bukan sahaja dalam kehidupan seharian malah mengutamakan penghayatan etika kerja yang penuh berintegriti dan bebas rasuah. Sehubungan itu, OACP MATRADE yang telah diwujudkan secara kolektif ini akan menjadi panduan serta petunjuk arah dalam memantapkan lagi penghayatan dan pembudayaan amalan berintegriti kami sebagai Warga MATRADE yang merupakan agensi promosi eksport negara. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada Pengurusan Tertinggi, Ahli Jawatankuasa OACP dan Unit Integriti MATRADE kerana telah bersama-sama berganding bahu memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan Pelan ini akan dapat direalisasikan sepenuhnya. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada seluruh Warga MATRADE yang akan menerajui dan membudayakan amalan berintegriti ini demi mencapai matlamat OACP MATRADE sebagai sebuah organisasi yang antirasuah sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi negara bebas rasuah. Semoga semua usaha kita ini mendapat keberkatan dan dirahmati Allah S.W.T. jua. Pengerusi Pelan Antirasuah MATRADE
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0