PELAN ANTIRASUAH MATRADE (OACP) 2021-2025
86 | PELAN ANTIRASUAH MATRADE 2021 - 2025 KESIMPULAN Pembangunan Pelan Antirasuah MATRADE bertujuan untuk menghasilkan pelan yang komprehensif, praktikal dan strategik yang menunjukkan komitmen MATRADE memerangi salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah di dalam agensi ini. Pelbagai inisiatif dan tindakan yang telah dirancang di dalam Pelan ini bertujuan untuk membanteras sebarang perbuatan yang menjurus kepada kemungkinan berlakunya jenayah rasuah. Intipati Pelan ini yang merangkumi lima (5) strategi serta 90 inisiatif yang telah dikenalpasti sebagai panduan MATRADE dalam pengurusan antirasuah. Ianya juga sejajar dengan usaha merealisasikan hasrat Kerajaan dalam menjadikan perkhidmatan awam di negara ini lebih berintegriti dan bebas rasuah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0