PELAN ANTIRASUAH MATRADE (OACP)2021-2025
PELAN ANTIRASUAH MATRADE 2021 - 2025 | 15 Fungsi-fungsi MATRADE dalam membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke pasaran antarabangsa adalah: ● Mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih; ● Merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang; ● Menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan; ● Mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa ● Meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara; ● Mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan; ● Membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan ● Menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut. Objektif-objektif MATRADE adalah: ● Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara; ● Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing; ● Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan ● Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara. MATRADE juga terlibat secara aktif membantu syarikat-syarikat asing mengatur pertemuan dengan pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, yang diwakili melalui 46 pejabat perdagangan di seluruh dunia yang terletak di bandar-bandar komersil utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai lima (5) Pejabat Cawangan iaitu di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0