Pelan Antirasuah Organisasi - MATRADE
PELAN ANTIRASUAH MATRADE 2021 - 2025 | 9 Lima (5) bidang keutamaan yang telah dikenalpasti bagi Pelan ini adalah Pentadbiran, Perolehan dan Kewangan, Tadbir Urus, Undang-undang dan Sumber Manusia. Lima (5) strategi juga telah dibangunkan berdasarkan bidang keutamaan ini iaitu: ● Mempraktikkan Tadbir Urus MATRADE Yang Unggu; ● Memperkasakan Tadbir Urus MATRADE Berdasarkan Pekeliling Yang Berkuatkuasa; ● Memperkukuh kecekapan Penyampaian Perkhidmatan MATRADE; ● Memperkasakan Pematuhan Kepada Peraturan Kewangan; dan ● Memperkasakan Kepatuhan Undang-undang Dalam Operasi Pentadbiran Organisasi. BAB 3 Memfokuskan kepada mekanisme pelaksanaan dan pemantauan serta semakan semula dan pembaharuan OACP. Ini bagi memastikan semua inisiatif yang dilaksanakan adalah bersesuaian dengan objektif yang dirangka. Ianya juga bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang dirancang dapat diselaraskan sewajarnya untuk mencapai hasrat yang ditetapkan. BAB 4 Ringkasan keseluruhan pelaksanaan OACP MATRADE dan hasrat menjadikan MATRADE sebagai sebuah organisasi yang progresif, berdaya maju dan bebas rasuah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0