Pelan Antirasuah Organisasi - MATRADE

8 | PELAN ANTIRASUAH MATRADE 2021 - 2025 RINGKASAN EKSEKUTIF Pelan Antirasuah MATRADE 2021 - 2025 ini adalah berpandukan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) melalui Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2018 Siri 2, No. 1 2019 berkaitan Pemantapan Governans, Integriti danAntirasuahDalamPengurusanPentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi. Perkara ini juga telah dinyatakan di dalam Pelan Antirasuah Nasional (2019 - 2023) di bawah Strategi 6, perkara 6.2.1 yang mewajibkan semua badan berkanun membangunkan OACP dengan dibantu oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). BAB 1 Menerangkan latar belakang MATRADE dan beberapa langkah yang telah diambil melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan yang memberi fokus kepada usaha penambahbaikan tadbir urus, integriti dan antirasuah di MATRADE. OACP telah menjadi satu inisiatif agensi bagi meneruskan usaha ke arah membentuk Warga MATRADE yang berintegriti. BAB 2 Menumpukan kepada senario rasuah yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Bengkel pembangunan OACP telah dilaksanakan dengan bantuan Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi memberi panduan dan halatuju pembangunan pelan ini. Hasilnya lima (5) bidang keutamaan telah digariskan dalam pelan ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0