Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 10 MATRADE membantu syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa dan bertapak di luar negara dengan menyediakan latihan, bimbingan serta khidmat nasihat. Di samping itu, MATRADE menyediakan maklumat dan risikan pasaran serta menggiatkan aktiviti promosi eksport untuk syarikat Malaysia. Melalui usaha ini, MATRADE membantu meluaskan akses pasaran serta meningkatkan profil syarikat Malaysia dalam pasaran asing. Dengan penularan pandemik COVID-19, MATRADE telah mengambil inisiatif untuk meneruskan kelangsungan eksport dengan mentransformasi program menggunakan platform digital. Program sedia ada telah disesuaikan dengan teknologi digital untuk mengatasi kekangan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan negara. Usaha ini membolehkan MATRADE melaksanakan mandatnya memacu eksport dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa dalam norma baharu. Global (Pemikiran & Pendekatan) • Berfikiran global; • Mengutamakan pihak berkepentingan; • Mewujudkan jaringan antarabangsa yang luas; • Keterangkuman dalam perdagangan; • Pemikiran global yang strategik; dan • Memeluk kepelbagaian. Respect (Manusia, Proses dan Planet) • Sayangi negara; • Berkebolehan untuk mendengar, memahami dan mengamalkan sikap tidak prejudis; • Meraikan kejayaan, berkongsi tanggungjawab; • Menghargai kerjasama; dan • Mengutamakan pelanggan. Agile (Berkemahiran dan Mampu Beradaptasi) • Pembelajaran sepanjang hayat; • Berinovasi untuk kemajuan; • Mengetuai transformasi dengan penuh semangat; • Memiliki pemikiran dan sikap yang tangkas; • Menjangka dan bertindak balas sewajarnya kepada ketidakpastian; • Menerima dan mengamalkan LATAR BELAKANG NILAI TERAS KORPORAT - G.R.A.C.E penambahbaikan berterusan; • Cekap dan berpengetahuan; • Kemahiran menutur idea; dan • Keupayaan melakukan pelbagai tugas. Creative (Inovatif dan Pemikiran Kritikal) • Berani untuk tampil berbeza; • Proaktif dan pemikiran progresif; • Mencetuskan inovasi untuk mencipta perubahan; • Bersikap terbuka untuk menerima idea dan cadangan baharu; dan • Berminat mempelajari perkara baharu. Ethical (Beretika) • Adil, telus dan boleh dipercayai; • Sahih dan konsisten dalam percakapan dan perlakuan; • Profesional, komited dan berdisiplin dalam pelaksanaan; • Memimpin melalui teladan dan bertanggungjawab dalam semua tindakan; • Bersopan, bekerjasama, bertoleransi dan empati; dan • Jujur dan rendah diri. Misi Mempromosi enterpris Malaysia ke pasaran dunia Visi Menempatkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0