Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 104 GERAN PEMBANGUNAN PASARAN Geran Pembangunan Pasaran (MDG) memainkan peranan penting dalam membantu PKS yang terdiri daripada syarikat perkilangan, perkhidmatan dan perdagangan, MSPs, persatuan perdagangan dan industri, dewan perniagaan serta badan profesional Malaysia mendapatkan peluang menembusi pasaran eksport. Tumpuan utama MDG adalah untuk menggalakkan syarikat Malaysia menjalankan aktiviti promosi eksport di samping mengurangkan kos promosi. Program fasilitasi kewangan berbentuk bayaran semula untuk setiap penyertaan program promosi eksport yang layak dan telah diperkenalkan sejak 2002 ini terus membuktikan sokongan MATRADE terhadap pembangunan eksport negara. Dalam usaha mengekalkan daya saing dalam situasi yang sukar semasa pandemik, MATRADE telah membuat beberapa penambahbaikan aktiviti di bawah MDG seperti berikut: i Penyertaan Pameran Perdagangan Antarabangsa di Malaysia & Luar Negara dan Pertemuan Perniagaan di Luar Negara Secara Maya (bermula 1 Julai 2020); ii Pembayaran Kos Logistik bagi Penghantaran Produk ke Luar Negara (bermula 27 Julai 2020); dan iii Bantuan Kewangan untuk Penangguhan/Pembatalan Aktiviti Promosi Eksport (bermula 1 Ogos 2020) Bayaran balik bagi semua aktiviti yang dinyatakan menjadi sebahagian daripada kelayakan had maksimum RM300,000 yang dibenarkan untuk setiap syarikat PKS. Pada tahun 2020, sebanyak 15 program telah dilaksanakan yang merangkumi taklimat, seminar, kaunter informasi, latihan secara langsung, perbincangan bersama komuniti perniagaan termasuk pihak kerajaan dan liputan melalui saluran media sosial untuk meningkatkan tahap kesedaran kepada syarikat Malaysia terhadap kewujudan program ini. Berdasarkan prestasi industri, industri makanan siap mencatat peratusan yang tertinggi (13.8%) dari segi penerima geran, diikuti dengan minuman (10.7%), perabot (9.8%), farmaseutikal, peralatan mandian dan kosmetik (5.9%) dan hasil pertanian (4.9%). Sejumlah 1,374 syarikat telah mendapat manfaat daripada program ini dengan geran bernilai RM24 juta. Mengikut pecahan penerima geran, syarikat bukan bumiputera merangkumi 82.8% dan syarikat bukan milik wanita, 59.5%. Dari segi lokasi pula, syarikat yang beroperasi di Selangor merupakan penerima tertinggi (40%), sementara untuk syarikat di Sabah dan Sarawak, jumlah peratusan gabungan adalah 3.1%. Pemilikan (%) Pemilikan (%) B-Bumiputera Bumiputera B-Wanita Wanita Persatuan & lain-lain 83% 16% 1% 60% 40% Mengikut Industri (%) Makanan Siap Minuman Perabot Farmaseutikal, Peralatan Mandi & Kosmetik Hasil Pertanian 13.83 10.7 9.83 5.9 4.88
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0