Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Matlamat Teras MATRADE 105 01 02 03 04 05 Syarikat yang diberi geran bagi melaksanakan program promosi telah mencatat jualan eksport berjumlah RM3.7 bilion dan dari segi pulangan pelaburan geran, setiap RM1 geran memberikan pulangan RM154. KISAH KEJAYAAN GERAN PEMBANGUNAN PASARAN Syarikat-syarikat penerima geran Ditubuhkan pada tahun 2014, Be Green Biomass Sdn Bhd menempa nama di persada dunia dalam pembuatan high density furniture parts, pellets dan compressed blocks. Syarikat ini telah menerima bantuan MDG sejak Ogos 2020 sebanyak RM181,000. Be Green Biomass Sdn Bhd telah berjaya menjana jualan eksport di mana sebahagian besarnya adalah melalui penerokaan di pasaran antarabangsa seperti ROK, Jepun dan Taiwan. Syarikat pengeluar High Performance Test Contacting Solutions jenama Zigma ini ditubuhkan pada tahun 1999. Bermula secara kecilan, syarikat ini telah berjaya menempa kejayaan demi kejayaan dengan mengeksport jenamanya ke pasaran antarabangsa seperti USA, Kanada, Belgium, Switzerland, Jerman, France, UK, Bulgaria, Taiwan dan Jepun. Syarikat sangat konsisten dalam menjana jualan eksport dan ia terus meningkat saban tahun. Sebanyak 70% penjualan syarikatnya adalah daripada aktiviti eksport yang telah mendapat bantuan MDG sebanyak RM107,000 sejak 2012. Bermula pada tahun 2006, syarikat My Flexitank Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar tangki fleksi yang digelar “World’s Best Flexitank”. Syarikat menyedari kepentingan “liquid packaging solution” yang efektif dari segi kos dan kecekapan. Syarikat ini secara konsisten telah menyertai pelbagai program promosi eksport yang dianjurkan oleh MATRADE dan telah memanfaatkan geran MDG sebanyak RM39,780. Lebih 70% jumlah penjualan syarikat ini adalah daripada aktiviti eksport ke negara seperti USA, UK, ROK, Thailand, dan Vietnam. Be Green Biomass Sdn Bhd JF Microtechnology Sdn Bhd My FlexiTank Industries Sdn Bhd

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0