Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Matlamat Teras MATRADE 107 01 02 03 04 05 Pusat Pameran Eksport Malaysia (Malaysia Export Exhibition Centre) atau lebih dikenali sebagai MEEC yang terletak di Aras 2, Menara MATRADE merupakan sebuah pusat pameran tetap dengan keluasan 4,500 meter persegi yang direka secara eksklusif untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan dari Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar negara. PUSAT PAMERAN EKSPORT MALAYSIA Delegasi perdagangan dan pengunjung berpeluang untuk melihat pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan Malaysia daripada lebih 400 syarikat merangkumi 25 sektor berbeza. Antara produk yang dipamerkan ialah produk teknologi hijau, E&E, kimia, automotif, getah, plastik, farmaseutikal dan kayu kayan. Sektor perkhidmatan pula merangkumi perkhidmatan minyak & gas, pembinaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Selain daripada berfungsi sebagai pusat pameran, MEEC juga memainkan peranan penting sebagai pusat pertemuan perdagangan antara pembeli asing dengan syarikat Malaysia khususnya bagi pempamer. Sesi padanan perniagaan secara fizikal yang diatur antara syarikat Malaysia dengan pembeli asing telah dilaksanakan secara maya berikutan pandemik COVID-19. MEEC juga menyediakan perkhidmatan lain kepada syarikat Malaysia dan pelawat asing seperti berikut: • Mengedarkan maklumat syarikat Malaysia kepada pembeli asing yang berpotensi. • Memberi bimbingan kepada syarikat-syarikat Malaysia berkaitan perdagangan antarabangsa. • Bantuan daripada pegawai yang mahir dan berpengalaman untuk menjawab pertanyaan tentang perdagangan berkenaan sektor yang relevan dengan syarikat. Walaupun dalam situasi pandemik, MEEC telah menerima 1,931 pengunjung dari dalam dan luar negara sepanjang tahun 2020. Ini menjadikan MEEC sebagai sebuah pusat sehenti yang penting dalam membantu mempromosikan produk serta perkhidmatan dari Malaysia. Pusat Pameran Eksport Malaysia, Aras 2, Menara MATRADE
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0