Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 108 Pada tahun 2020, Malaysia telah bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik ke-32 sebelum wabak COVID-19 melanda. Berikutan pengenaan sekatan perjalanan antarabangsa dan langkah penjarakan fizikal, sebagai tindak balas terhadap perkembangan pendigitalisasian global, MATRADE membuat keputusan untuk mengubah semua program fizikal ke program secara dalam talian, termasuklah #MyAPEC2020 Exhibition yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Disember 2020. Pameran maya ini dibangunkan oleh Fusionex, rakan teknologi strategik yang berminat untuk mendokong usaha ini serta mempertingkatkan impak dan keberkesanan pameran. Usahasama ini tepat pada masanya demi mempercepatkan proses transformasi pelaksanaan promosi eksport di masa hadapan. #MyAPEC2020 Exhibition menyenaraikan syarikat pempamer dari Malaysia di samping syarikat antarabangsa dari 21 ekonomi APEC. Syarikat yang mengambil bahagian terdiri daripada 8 sektor sasaran iaitu sektor teknologi, teknologi hijau dan tenaga, penjagaan kesihatan, perkhidmatan profesional dan perniagaan, pengangkutan dan logistik, gaya hidup, makanan dan minuman serta produk asas tani dan bahan binaan. Sektor-sektor ini selaras dengan tema APEC 2020 “Optimising Human Potential towards a Resilient Future of Shared Prosperity: Pivot. Prioritise. Progress” dan bidang keutamaan iaitu menambahbaik naratif perdagangan dan pelaburan, penyertaan ekonomi inklusif melalui ekonomi digital dan teknologi serta memacu kelestarian inovatif. Pameran maya yang julung kali diadakan menampilkan platform e-perniagaan interaktif merangkumi #MyAPEC 2020 EXHIBITION empat komponen utama iaitu pameran maya, padanan perniagaan (B2B) secara maya (eBizMatch), sesi business pitching dan webinar. Kesemua komponen ini dilaksanakan secara dalam talian dan ianya menjadi bukti bahawa aktiviti perniagaan dan perdagangan masih dapat dijalankan dalam norma baharu tanpa pertemuan secara fizikal. Disamping mematuhi langkah pencegahan semasa wabak ini, pameran maya mempunyai pelbagai kebaikan termasuk jangkauan yang lebih meluas. Pameran maya ini telah berjaya menarik jumlah pelawat yang tinggi. Pelawat tidak perlu mengeluarkan kos bagi menampung perbelanjaan perjalanan dan penginapan untuk menyertai pameran ini dan ianya juga dapat diakses pada bila-bila masa tanpa mengira perbezaan waktu. Lengkap dengan kemudahan e-perniagaan yang interaktif, pameran ini menjadi platform kepada syarikat untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan rakan kongsi berpotensi dari seluruh dunia, mempromosikan produk dan perkhidmatan di samping mempertingkatkan jaringan dan kerjasama di kalangan ahli perniagaan. Secara keseluruhan, #MyAPEC2020 Exhibition ini berjaya mempromosi ke seluruh dunia produk dan perkhidmatan dari 274 pempamer serta dikunjungi lebih daripada 8,000 pelawat dari 90 negara. Sebanyak 308 sesi eBizMatch diatur sepanjang pameran menghasilkan jualan bernilai RM574.03 juta. Antara produk dengan penjualan terbanyak adalah sarung tangan lateks dan nitril ke United Kingdom dan Amerika Syarikat disebabkan permintaan pasaran yang tinggi bagi peranti perubatan pakai buang berikutan penularan pandemik COVID-19. Projek pembangunan sistem tenaga solar turut dijual ke Brunei Darussalam dan Taiwan untuk pembangunan lestari bagi memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. Majlis Prelude #MyAPEC2020 Exhibition yang dihadiri oleh Timbalan Menteri MITI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0