Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Matlamat Teras MATRADE 109 01 02 03 04 05 Penyertaan Malaysia buat kali ke-17 dalam China-ASEAN Expo (CAEXPO) pada 27 – 30 November 2020 di Nanning, Wilayah Guangxi, China bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ekonomi serantau melalui Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (ACFTA) dan turut merupakan program tahunan Kerajaan China untuk merealisasikan ACFTA. CAEXPO merupakan salah satu pameran perdagangan antarabangsa terbesar di China yang melibatkan penyertaan semua negara ASEAN dan juga syarikat-syarikat tempatan dari seluruh China. Penganjuran CAEXPO secara hibrid ekoran pandemik membolehkan syarikat Malaysia menyertai pameran ini secara fizikal dan maya yang bertemakan “Jointly Building the Belt and Road Initiatives (BRI), Invigorating Digital Economy”. MATRADE telah menyelaras penyertaan sebanyak 58 syarikat Malaysia di CAEXPO 2020. Sejumlah 26 syarikat telah menghantar wakil mereka yang berada di China untuk menyertai pameran tersebut secara fizikal, manakala 32 syarikat termasuk syarikat-syarikat di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dan Majlis 17 TH CHINA-ASEAN EXPO (CAEXPO) 2020 Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pula menyertai pameran tersebut secara maya. Antara barangan dan perkhidmatan yang dipromosikan adalah produk makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan profesional. CAEXPO 2020 turut mendapat sokongan daripada wakil- wakil Agensi Kerajaan Malaysia lain di China seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Education Malaysia (EM) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang turut membuka kaunter informasi di astaka Malaysia. Di samping itu, MATRADE juga bekerjasama dengan China Construction Bank (CCB) dan Sekretariat CAEXPO dalam penganjuran sesi padanan perniagaan secara maya, iaitu “2nd China – Malaysia B2B Business Meeting Session” yang mana sebanyak 100 sesi padanan perniagaan telah diatur untuk syarikat Malaysia semasa pameran ini Suasana pengunjung di sekitar Pavilion Malaysia di CAEXPO Pavilion Malaysia di CAEXPO

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0