Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Organisasi MATRADE 11 01 02 03 04 05 Penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan sekatan perjalanan telah mengubah pendekatan MATRADE dalam melaksanakan usaha pembangunan pengeksport dan promosi eksport. MATRADE telah memanfaatkan usaha digitalisasi dan menggunakan kaedah alternatif dalam segala penganjuran programnya seperti pameran secara hibrid, padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dengan pembeli luar negara secara maya yang dikenali sebagai eBizMatch, webinar dan sebagainya. Usaha berkenaan berupaya membantu syarikat meneruskan aktiviti berkaitan promosi eksport sepanjang pandemik ini. Sejajar dengan keadaan ekonomi luaran yang kurang memberangsangkan kesan daripada pandemik COVID-19, eksport mencatatkan penurunan marginal sebanyak 1.1% kepada RM983.83 bilion, berbanding tahun sebelumnya. Import pula berkurang 5.8% kepada RM800.48 bilion menjadikan jumlah perdagangan menyusut 3.3% kepada RM1.784 trilion. Walaupun berdepan situasi luar jangkaan ini, prestasi perdagangan luar Malaysia masih memberangsangkan apabila catatan eksport negara kembali pulih, meningkat sebanyak 5.2% pada separuh tahun kedua 2020 PENCAPAIAN 2020 MATRADE telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mencapai matlamat penubuhannya yang merangkumi pembangunan pengeksport dan promosi eksport. Usaha-usaha ini melibatkan program pembangunan keupayaan pengeksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan. Perdagangan Malaysia mencatatkan purata pertumbuhan perdagangan tahunan 6% bagi tempoh 2000 hingga 2020. MATRADE mempunyai pangkalan data melebihi 25,000 syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan berorientasikan eksport. Syarikat-syarikat ini dibantu dalam melestarikan pertumbuhan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia. MATRADE juga terus menawarkan hala tuju strategik baharu kepada syarikat Malaysia dengan memberi penekanan terhadap kelestarian dan pertumbuhan jangka panjang. MATRADE akan tetap komited ke arah melestarikan sumber dan mengukuhkan ekonomi negara serta bertindak sebagai organisasi peneraju dalam mendukung dan menggalakkan aktiviti eksport negara di masa akan datang. berbanding pertumbuhan negatif 7.7% yang dicatatkan pada separuh tahun pertama. Ini berlaku kerana langkah membuka semula ekonomi yang dilaksanakan secara berperingkat dan jumlah permintaan luar yang kembali meningkat. Pada tahun 2020, lebihan dagangan Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan dua digit selama empat tahun berturut-turut, meningkat sebanyak 25.9% kepada RM183.35 bilion berbanding RM145.66 bilion pada 2019. Ini merupakan nilai lebihan dagangan Malaysia tertinggi setakat ini dan merupakan lebihan dagangan yang ke-23 tahun berturut-turut, sejak 1998. Peningkatan perdagangan dicatatkan dengan China, Amerika Syarikat (AS), Republik Korea (ROK), Bahrain dan Hong Kong SAR. Walau bagaimanapun, perdagangan yang lebih rendah telah dicatatkan dengan Thailand, Singapura, Australia, India dan Viet Nam.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0