Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 110 Kuala Lumpur International Aerospace Business Convention (KLIABC) merupakan pameran ikonik yang menghubungkan syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor aeroangkasa dengan syarikat-syarikat berpotensi dari seluruh dunia. Ia adalah satu-satunya acara penting untuk meningkatkan penyertaan pemain aeroangkasa Malaysia dalam rantaian bekalan global. KLIABC yang diperkenalkan pada tahun 2015 merupakan salah satu inisiatif MATRADE untuk mempertingkatkan jenama Malaysia dalam sektor aeroangkasa global dan dianjurkan dwi tahunan bersama Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA) dan Advance Business Events (ABE) Perancis, selaku penganjur konvensyen industri aeroangkasa terkemuka dari Eropah. Dalam usaha mengurangkan risiko penularan wabak, MATRADE telah mengubah format penganjuran KLIABC 2020 edisi keempat kepada Digital KLIABC 2020 yang berlangsung dari 17 November 2020 hingga 16 Februari 2021, iaitu pameran aeroangkasa yang dianjurkan secara maya yang merangkumi acara seperti webinar, pameran maya dan padanan perniagaan secara dalam talian. Melalui KLIABC, pengunjung berpeluang memperolehi pengetahuan mendalam mengenai arah tuju teknologi terkini dalam usaha membangunkan peluang perniagaan baharu dalam sektor ini. Sebagai pameran aeroangkasa secara maya yang pertama di Malaysia, Digital KLIABC 2020 ini telah berjaya menarik penyertaan syarikat aeroangkasa terkemuka dunia seperti Airbus Group, Rolls Royce, Boeing, Safran Engine, Ruag Aviation, GIFAS (French Aerospace Industries Association), Embraer, Thales, Pratt & Whitney dan Lufthansa Technik. KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AEROSPACE BUSINESS CONVENTION (KLIABC) Sebanyak 2,626 sesi padanan perniagaan telah diaturkan sepanjang empat hari pertama acara ini melalui penyertaan sebanyak 163 organisasi dari 25 negara. Ianya melibatkan pemimpin korporat yang mencari rakan kongsi dalam bidang pembuatan bahagian dan komponen, perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta integrasi dan penyelenggaraan sistem. Bilik seminar secara maya KLIABC Ruang pameran maya MATRADE di KLIABC
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0