Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Matlamat Teras MATRADE 111 01 02 03 04 05 MATRADE telah meraih tempat ketiga bagi Anugerah World Trade Promotion Organisation (WTPO) anjuran International Trade Centre (ITC) di bawah kategori ‘Penggunaan Terbaik Teknologi Maklumat’ untuk aplikasi MyExport yang diumumkan pada 14 Oktober 2020 di Geneva. Ini merupakan anugerah tahunan oleh ITC yang mengiktiraf keunggulan dan kecemerlangan perkhidmatan serta inisiatif yang ditawarkan oleh organisasi promosi perdagangan kebangsaan untuk pembangunan eksport dan mempertingkatkan daya saing dan kemampuan perusahaan mikro, kecil dan sederhana di pasaran antarabangsa. ANUGERAH WORLD TRADE PROMOTION ORGANISATION (WTPO) 2020 MyExport adalah perkhidmatan dalam talian bagi mendapatkan akses maklumat perdagangan utama dan risikan pasaran yang dihasilkan oleh pejabat MATRADE di seluruh dunia untuk pengeksport Malaysia yang berdaftar dengan MATRADE.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0