Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Matlamat Teras MATRADE 113 01 02 03 04 05 Solartron Sdn Bhd (Solartron) ditubuhkan pada tahun 2013 dan sejak itu telah aktif sebagai sebuah syarikat perdagangan tempatan. Bermula tahun 2019, ia berkembang sebagai syarikat pemasaran antarabangsa dalam perdagangan bahan api ke negara China. Solartron Sdn Bhd Solartron percaya bahawa interaksi yang berterusan dan hubungan yang kukuh dengan pembeli dari China adalah penting untuk menjamin perdagangan bahan api antara kedua-dua negara. Untuk tujuan ini, aktiviti program promosi eksport yang dianjurkan oleh MATRADE memainkan peranan penting dalam membantu Solartron mewujudkan hubungan perniagaan dengan syarikat dari China serta yang terbaharu, dengan beberapa negara dari Timur Tengah. Sokongan dari MATRADE juga membantu syarikat membina keyakinan dari pembeli luar negara untuk urusan pemasaran dan perniagaannya. Medidata Sdn Bhd (Medidata) terlibat secara aktif dalam pembuatan produk perubatan pakai buang premium yang memenuhi piawaian Malaysia serta antarabangsa seperti ISO13485, ISO9001 dan Amalan Perkilangan Baik (GMP). Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam aktiviti perkilangan serta proses pengeluaran yang canggih, Medidata merupakan salah Medidata Sdn Bhd satu pengeluar utama produk perubatan pakai buang premium seperti Surgical Disposable 3-Ply Face Mask, Synthetic Orthopedic Casting Tape, dan Alcohol Prep Pads. Surgipro® merupakan cap dagangan berdaftar untuk rangkaian produk perubatan pakai buang premium yang dihasilkan oleh Medidata yang diterima baik oleh hospital di seluruh Malaysia. Secara tidak langsung, ini dapat menyumbang kepada penjenamaan negara dalam bidang perubatan. Dalam usaha mengembangkan potensi Medidata di peringkat global, MATRADE telah membantu syarikat untuk mengeksport produknya di rantau Asia Tenggara serta Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) melalui penglibatan dalam padanan perniagaan dan lain-lain. Nulatex Sdn Bhd (Nulatex) merupakan syarikat pembuatan kondom lateks yang terletak di Kluang, Johor. Ditubuhkan pada tahun 2004, Nulatex telah menghasilkan dan memasarkan kondom lateks berkualiti ke lebih 40 negara di seluruh dunia dengan harga yang kompetitif. Nulatex komited dalam penghasilan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk semua pihak berkepentingan. Dalam penghasilan Nulatex Sdn Bhd produk baharu, Nulatex juga berkolaborasi dengan pelanggan bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki dari segi reka bentuk dan bahan. Malah, syarikat ini memupuk budayanya tersendiri yang menghargai masa, kecekapan dan tidak bertoleransi terhadap pembaziran. Ia juga percaya bahawa tenaga kerja pelbagai yang saling bekerjasama bukan sahaja memberikan kebaikan kepada syarikat tetapi juga negara secara keseluruhannya. MATRADE memainkan peranan penting dalam membawa produk Nulatex ke pasaran global. Ini dapat dicapai melalui penglibatan dalam pameran secara fizikal dan maya serta pertemuan perniagaan dengan pelanggan berpotensi yang sebahagiannya telahpun berjaya direalisasikan. Nulatex juga beraspirasi untuk mengembangkan jenamanya dengan pengeluaran produk perubatan pakai buang yang berkualiti pada masa hadapan. Sejak tahun 1984, Steelworks Group of Companies (Sunnik) telah menyediakan sistem pembendungan air yang terbaik untuk projek di seluruh dunia. Sistem ini digunakan bagi bangunan pencakar langit berteknologi tinggi seperti Burj Khalifa, Menara Berkembar Petronas dan Pembangunan Semula Hudson Yards, dan juga sesuai sebagai tangki simpanan air asas untuk komuniti di Berekum, Ghana. Kini, syarikat ini adalah antara peneraju global dalam sistem pembendungan air. Steelworks Group of Companies (Sunnik) Sunnik terkenal dalam industri kerana prinsipnya dalam menjalankan perniagaan. Selain waranti produk, visi dan misi, ia begitu komited dalam menjamin kualiti dan kebolehpercayaan terhadap produk. Syarikat ini juga menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan produk dan prosesnya berlandaskan kelestarian alam sekitar. Nama Sunnik pada hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah jenama yang boleh dipercayai dari Malaysia. Syarikat akan berterusan melakukan inovasi di dalam industri kejuruteraan bagi menghadapi cabaran pada tahun-tahun yang mendatang. Sunnik akan terus berusaha untuk sentiasa menyerlah ke peringkat yang lebih tinggi demi kedudukan negara di persada global. Inisiatif MATRADE telah memberikan impak yang baik kepada Sunnik dari pelbagai sudut, termasuklah mengesyorkan syarikat ini kepada pengedar luar negara. Pejabat Perdagangan MATRADE luar negara berperanan penting dalam membantu syarikat mendapatkan peluang menjalinkan hubungan dengan rakan kongsi dari pelbagai negara.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0