Laporan Tahunan 2020

MATRADE Laporan Tahunan 2020 114 Sejak ditubuhkan pada tahun 2004, SF Furniture Sdn Bhd (SF Furniture) telah berkembang secara konsisten untuk menjadi pengeluar dan pengeksport perabot yang dipercayai bagi memenuhi permintaan pasaran hari ini. SKS Food Industries (M) Sdn Bhd (SKS Food) telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan merupakan pengeluar produk biskut berasaskan kelapa, bertih jagung dan kerepek kentang yang digemari ramai. Syarikat ini amat mengambil berat kualiti produknya dan mempunyai persijilan antarabangsa seperti ISO 22000, HACCP dan HALAL. Pensijilan ini merupakan penarafan pengurusan keselamatan makanan yang terkemuka seterusnya memastikan semua produknya mencapai piawaian keselamatan makanan antarabangsa. Maxvic Sdn Bhd (Maxvic) adalah perintis terkemuka dalam penghasilan teknologi pemanas air yang canggih dan merupakan pengeluar terkenal yang pakar dalam penghasilan pemanas air segera dengan sijil ISO 9001:2002. SARLAZ Design Enterprise (SARLAZ) merupakan jenama fesyen moden yang ditawarkan untuk pelanggan yang meminati hasil rekaan fesyen kontemporari. Syarikat mensasarkan untuk meghasilkan aksesori buatan tangan yang berilhamkan alam semula jadi. Setiap rekaan dan penghasilan produk SARLAZ adalah dibuat di Malaysia. Kelebihan daya saing SARLAZ terletak pada kelainan dan strateginya yang inovatif. Produk yang ditawarkan adalah berdasarkan reka bentuk yang kreatif dan berbeza serta SF Furniture Sdn Bhd SKS Food Industries (M) Sdn Bhd Maxvic Sdn Bhd SARLAZ Design Enterprise Sebagai pemborong dan pengeluar perabot, semua produk SF Furniture melalui kawalan kualiti yang tersendiri dari segi pembuatan, reka bentuk, pembungkusan serta penghantaran bagi memastikan hanya barangan yang terbaik dihantar kepada pelanggan. SKS Food aktif dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyokong dan membantu keluarga yang kurang bernasib baik di Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, umur dan jantina. Ia percaya bahawa, kepelbagaian rakyat Malaysia dapat memberi kekuatan kepada negara dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unggul. Dengan menyertai pameran perdagangan antarabangsa seperti Anuga Food, SIAL Paris, Gulfood, MIHAS dan program penyumberan Dari segi jumlah jualan, syarikat ini merupakan salah satu pengeluar OEM/ ODM ternama di Malaysia. Pelanggannya bukan hanya terdiri daripada syarikat dengan jenama terkenal tempatan tetapi juga beberapa jenama terkemuka di Asia Tenggara. Maxvic sentiasa mensasarkan untuk menembusi pasaran global dan tidak mengambil pendekatan meniru rekaan terkemuka. SARLAZ bercita-cita untuk mentransformasi cara wanita memakai aksesori mereka dengan menjadikannya sebagai suatu gaya hidup dan bukan sekadar perhiasan semata-mata. SARLAZ berusaha menghasilkan reka bentuk yang asli dan tulen. Reka bentuknya melambangkan keharmonian Malaysia dengan masyarakat majmuk MATRADE membantu syarikat menembusi pasaran baru melalui perkongsian kos dan sumber, seterusnya meningkatkan dan memperkukuhkan kebolehan serta kedudukan syarikat di pasaran antarabangsa. berharap dapat membekalkan produknya ke pasaran antarabangsa dengan lebih meluas. Bantuan yang diberikan oleh MATRADE kepada Maxvic untuk menyertai pameran di luar negara telah memberikannya peluang untuk menerokai lebih banyak pasaran baharu bagi produk dan perkhidmatannya. Dalam memposisikan SARLAZ di peringkat antarabangsa, MATRADE menyelaras EAM bersempena Pure London iaitu acara perdagangan fesyen terkemuka dunia yang turut disertai oleh SARLAZ. Penyertaan ini memberi peluang kepada SARLAZ untuk mengadakan pertemuan perdagangan dengan pembeli fesyen luar negara serta meneroka pasaran United Kingdom yang lebih luas untuk memasarkan produknya. antarabangsa yang dikelolakan oleh MATRADE, SKS Food berjaya mengeksport produknya ke benua Eropah, Timur Tengah dan rantau Asia. Kini pasaran eksport telah menyumbang 70% daripada jumlah jualan syarikat dan bakal terus berkembang dengan pesat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0