Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Matlamat Teras MATRADE 115 01 02 03 04 05 Delima Oil Products (DOP) adalah salah satu syarikat barangan pengguna cepat laris yang mengeluarkan produk hiliran sawit yang terkemuka di Malaysia. Produk syarikat ini bertumpu kepada penapisan, pembuatan dan pengedaran minyak dan lemak berasaskan sawit. Dengan kepakaran penyelidikan dan pembangunan dalaman, DOP dapat memenuhi pelbagai spesifikasi produk yang Bayu Gagah Marketing (M) Sdn Bhd (BGM) telah ditubuhkan pada tahun 2015 di Kedah dengan visi untuk memartabatkan madu kelulut di mata dunia. BGM merupakan pemenang anugerah jenama "Bayu" oleh The Brand Laureate sebagai Jenama Terbaik Halal Dunia. Syarikat ini sentiasa memastikan produknya mematuhi Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi memelihara kemurnian madu sebelum dibotol dan dipasarkan. BGM juga telah mendapat pensijilan HALAL, GMP dan MESTI serta mendapat kelulusan untuk penggunaan logo MARDI pada produk keluarannya. YEC Chemical Compounds Sdn Bhd ialah sebuah syarikat pengeluar minyak enjin automotif di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2009, syarikat ini berkeupayaan menghasilkan sebanyak 6,000MT minyak enjin automotif setahun bagi memenuhi permintaan dalam dan luar negara. Kegigihan syarikat ini mempromosikan produk keluaran mereka di pasaran antarabangsa telah membolehkan YEC Chemical Compounds Sdn Bhd mengeksport ke negara China. Selain daripada itu, YEC Chemical Compounds Sdn Delima Oil Products Sdn Bhd Bayu Gagah Marketing (M) Sdn Bhd YEC Chemical Compounds Sdn Bhd diminta oleh pelanggan serta menawarkan produk berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif. DOP adalah anak syarikat FGV Holdings Bhd yang merupakan salah satu pengeluar bagi minyak sawit mentah yang terbesar di dunia, mewakili hampir 15% daripada pengeluaran tahunan Malaysia. FGV beroperasi di sembilan buah negara di benua Asia, Timur Tengah, Amerika Utara dan Eropah. BGM bekerjasama dengan universiti tempatan seperti USM, UMT, UKM, UiTM dan UNIMAS untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam industri kelulut. Setakat ini, BGM telah menyumbang lima artikel dalam jurnal antarabangsa berimpak tinggi melalui hasil penyelidikan universiti- universiti tersebut. Terkini, syarikat ini sedang membangunkan Sistem Penggredan Madu Kelulut yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini. BGM juga berkerjasama dengan TERAJU dan USM untuk menginovasi Teknik Stingless Beekeeping dan membantu komuniti B40 di Sarawak memasarkan produk mereka ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Bhd juga telah berjaya mencapai standard yang ditetapkan oleh American Petroleum Institute dengan menggunakan minyak asas PETRONAS yang berkualiti tinggi dengan aditif AFTON. Pada tahun 2019, YEC Chemical Compounds Sdn Bhd telah menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Automechanika Shanghai yang diadakan pada 3 - 6 Disember 2019 di Shanghai, China di bawah kelolaan MATRADE. Penyertaan pertama kali syarikat ini dalam Automechanika Shanghai MATRADE membantu DOP dalam memperluaskan jaringan pasaran global melalui aktiviti pemadanan perniagaan dan penyertaan dalam pameran perdagangan seperti Gulfood di Dubai. MATRADE juga telah memberikan bantuan dari segi maklumat risikan pasaran melalui pusat maklumat perniagaan dan khidmat nasihat eksport. Program pembangunan pengeksport MATRADE seperti Program Pembangunan Kapasiti Eksport dan BWYEDP serta MDG telah banyak membantu syarikat tempatan ini. BGM kini telah berjaya mendapatkan peluang perniagaan dengan pembeli dari tiga buah negara iaitu China, Jepun dan Taiwan serta sedang dalam rundingan dengan dua pembeli dari negara UAE dan Turki. Melalui Program Pembangunan Kapasiti Eksport juga, BGM telah berjaya menubuhkan pejabat pemasaran di Weihai, Shandong, China. 2019 telah berjaya mempromosikan dan memasarkan produk jenama REPCO milik syarikat ini di pasaran China. YEC Chemical Compounds Sdn Bhd telah berjaya mendapat kontrak daripada syarikat pengedar utama minyak pelincir untuk dipasarkan di China khususnya di wilayah Guangzhou.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0