Laporan Tahunan 2020

MATRADE Laporan Tahunan 2020 118 PENTADBIRAN KORPORAT Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan umum terhadap MATRADE dalam melaksanakan dasar yang dimandatkan. Sehubungan ini, MATRADE terus mengambil langkah untuk memantapkan pengurusan organisasi, pengurusan sumber manusia, pengurusan belanjawan, integriti, audit dalam, perancangan strategik serta teknologi maklumat bagi memastikan warga kerjanya menjunjung prinsip serta akauntabiliti dan mengamalkan pemikiran strategik ke arah mencapai sistem penyampaian yang lebih cemerlang. Pentadbiran organisasi adalah penting dalam menyediakan sistem sokongan dan urus tadbir yang diperlukan oleh keseluruhan rangkaian dan warga MATRADE. Peranan tersebut meliputi perancangan, penyelarasan serta kawal selia terhadap sumber serta aset yang bertujuan bagi memastikan operasi berada pada tahap yang terbaik. MATRADE telah menerima pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001:2015 buat kali pertama pada 7 Oktober 2019. Bagi tahun 2020, pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd telah bersetuju untuk mengekalkan pensijilan tersebut yang telah diterima semasa Sesi Audit Pengawasan SPK ISO 9001:2015 pada 17 dan 18 September 2020. PENTADBIRAN Tujuan MATRADE mewujudkan SPK MS ISO 9001:2015 adalah bagi memastikan proses kerja yang dijalankan sentiasa konsisten dan sistematik selaras dengan keperluan dan Standard Antarabangsa ISO. Pengurusan risiko berdasarkan SPK turut diwujudkan sebagai garis panduan bagi mengekang dan mengawal risiko yang melibatkan proses kerja utama dan sokongan. Pengiktirafan pensijilan ISO ini sudah pasti akan memperkukuhkan lagi kredibiliti dan reputasi MATRADE sebagai sebuah badan agensi kerajaan yang bertaraf dunia. MATRADE sentiasa menekankan aspek kecemerlangan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan berdasarkan SPK dalam memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang taruh. Tahun 2020 menyaksikan negara berhadapan dengan cabaran penularan wabak COVID-19. Situasi ini telah merubah suasana persekitaran kerja dan membawa kepada pewujudan prosedur-prosedur kawal selia yang lebih teliti serta menjurus kepada pemeliharaan keselamatan serta kesihatan warga MATRADE.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0