Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 119 01 02 03 04 05 Walaupun pandemik telah memberi impak besar kepada cara bekerja serta munculnya cabaran-cabaran baharu dalam pelaksanaan tugas, tahun 2020 telah menyaksikan beberapa pencapaian seperti berikut: 1. Operasi sanitasi Menara MATRADE Inisiatif menjalankan operasi sanitasi Menara MATRADE telah dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi penularan wabak COVID-19. Operasi sanitasi yang pertama telah dilakukan pada 24 - 29 Mac 2020 dengan melibatkan keseluruhan Menara MATRADE dan TASKA Nur Ifty. Operasi sanitasi kedua untuk ruang pejabat terpilih di Menara MATRADE dan Taska Nur Ifty telah dijalankan pada 5 hingga 12 Disember 2020 2. Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan platform bagi pihak pekerja menyuarakan isu-isu berhubung perkhidmatan serta memberi pendapat melalui wakil- wakil yang dilantik kepada pihak pengurusan. MBJ bagi tahun 2020 telah dilaksanakan sebanyak 3 sesi. Antara cadangan penambahbaikan yang dibincangkan adalah seperti berikut: • Cadangan pewujudan panduan bagi pekerja yang bekerja dari rumah (BDR); • Cadangan pewujudan sistem di atas talian bagi memo, borang P dan lampiran A; dan • Cadangan penambahbaikan dan peluasan skop kemudahan perubatan MATRADE. 3. Pasukan Respons Kecemasan Bangunan (BERT) Pasukan Respons Kecemasan Bangunan (BERT) ditubuhkan sebagai responden terawal untuk bertindak sekiranya berlaku kecemasan di Menara MATRADE. Berikutan penularan pandemik COVID-19, BERT terlibat dengan operasi sanitasi Menara MATRADE yang telah diadakan pada 24 hingga 29 Mac 2020 bersama- sama dengan kontraktor yang dilantik.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0