Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 12 PERUTUSAN PENGERUSI Mengatasi kekangan dengan penyelesaian Dalam hal ini, MATRADE telah bertindak balas menerusi beberapa langkah dinamik. Kami telah mengkaji dan menetapkan pendirian adaptif yang berlandaskan kaedah alternatif untuk menganjurkan program dan juga meneruskan aktiviti perdagangan. Semangat kami tidak pudar dan usaha kami tidak pernah luntur. Sebaliknya, kami mendorong pengkesport tempatan dengan menerapkan norma baharu dalam aktiviti perdagangan melalui saluran dalam talian. Penubuhan infrastruktur digital yang kukuh dan mantap di MATRADE telah membantu dalam usaha ini. Sepanjang tahun 2020, usaha kami dipergiatkan atas prinsip kolaborasi erat di antara sektor awam dan swasta untuk memacu perniagaan ke hadapan. Berlandaskan prinsip ini, dengan penerokaan kaedah baharu melalui rangkaian digital, kami berupaya meneruskan usaha melalui aktiviti “norma baharu” yang terbukti menghasilkan pulangan yang memuaskan di samping terus menggiatkan aktiviti perdagangan. Seringkali, kita diuji dengan cabaran yang berat dan berpanjangan. Dalam keadaan ini, kita tidak akan dinilai berdasarkan kegetiran yang dialami, tetapi sebaliknya cara kita menangani masalah tersebut. Sesungguhnya, pada tahun 2020 kita sekali lagi diuji dan kali ini dengan pandemik. Situasi yang dilalui bukan sekadar menguji keutuhan dan tekad, tetapi turut mencabar kemampuan untuk menangani rintangan yang mendatang dengan langkah-langkah reaktif, sejajar dengan peranan MATRADE sebagai agensi utama yang diamanahkan untuk membangunkan perdagangan luar Malaysia. Di MATRADE, keutamaan kami adalah untuk mempertahankan kemampanan eksport di samping membantu syarikat tempatan meneruskan aktiviti berkaitan eksport, demi mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif. Dalam keadaan ini, kami perlu menjajar semula keutamaan agar seiring dengan inisiatif kerajaan untuk meneruskan kelangsungan perniagaan di samping memastikan eksport terus menarik minat pembeli asing.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0