Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 120 Kelab MATRADE yang ditubuhkan pada 3 Mei 1994 memainkan peranan untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan MATRADE. Kelab MATRADE sentiasa mengadakan aktiviti rekreasi, sukan, kebajikan, kembara, agama dan sosial untuk semua kakitangan MATRADE serta membekalkan fasiliti atau kemudahan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan. Kelab ini adalah satu platform yang terbaik untuk warga kerja menyerlahkan bakat kepimpinan dan pengurusan di luar bidang kerja harian. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab yang digariskan di dalam Program Pengupayaan Kendiri, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005, iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia di bawah program pembimbing rakan sekerja. Pelaksanaan AKRAB adalah berkonsepkan “rakan membantu rakan” dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati potensi masing- masing. KELAB MATRADE AKRAB Pada tahun 2020, ahli Kelab MATRADE telah menyertai beberapa kejohanan sukan sebelum kerajaan mengumumkan penutupan semua aktiviti sosial, sukan dan rekreasi pada bulan Mac 2020. Antara kejohanan sukan yang disertai adalah Kejohanan Dart MAKSWIP 2020, Kejohanan Dart Beregu Terbuka 2020 Parlimen Bandar Tun Razak, Kejohanan Ping Pong MAKSWIP dan Kejohanan Bowling Terbuka Jabatan Bomba dan Penyelamat. Program-program penerapan nilai kerohanian juga tetap diteruskan oleh Kelab MATRADE dengan mengamalkan penjarakan sosial. Pada tahun 2020, AKRAB MATRADE mempunyai seramai 17 orang ahli dari pelbagai peringkat pegawai dan kakitangan MATRADE, termasuk tiga orang ahli baru yang telah ditauliahkan. Untuk meningkatkan kemahiran ahli AKRAB, satu Bengkel Pemantapan AKRAB telah dijalankan pada 4 hingga 6 September 2020 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Bengkel Program Kuliah Zohor Mingguan, Solat Hajat secara berkala, Bacaan Yaasin mingguan dan Kelas Seni tetap dilaksanakan secara maya. Kebajikan kakitangan MATRADE juga diutamakan dengan menghulurkan sumbangan bagi meraikan kedatangan ahli baru dalam keluarga MATRADE, kecemerlangan dalam pendidikan bagi anak-anak ahli dan tidak lupa juga kepada yang kehilangan orang yang tercinta atau ditimpa musibah. Mesyuarat Agung Kali ke-28 yang berlangsung pada 28 Ogos 2020 telah berlangsung dengan pelantikan barisan ahli jawatankuasa (AJK) yang baharu. ini bertujuan untuk memberikan kemahiran baharu kepada ahli selain meningkatkan kemahiran sedia ada dalam kalangan ahli AKRAB. Selain itu, dengan kerjasama MITI, ahli AKRAB juga telah menyertai lawatan silaturrahim AKRAB MITI Ke Pulau Perhentian pada 14 hingga 16 September 2020 untuk program tanggungjawab sosial korporat dan latihan berkaitan kemahiran kendiri. Bengkel Pemantapan AKRAB
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0