Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 121 01 02 03 04 05 1. Perancangan pengisian jawatan Kajian pengisian perjawatan sentiasa dijalankan untuk memastikan sumber tenaga kerja sentiasa cukup dalam struktur organisasi MATRADE supaya tidak menjejaskan program kerja tahunan yang dirancang. Pada tahun 2020, seramai 604 warga kerja MATRADE telah bertugas dengan dedikasi dan amanah di dalam dan luar negara. Jumlah jawatan diisi adalah seperti berikut: 2. Kenaikan pangkat Pada tahun 2020, MATRADE telah melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi mengisi jawatan kosong yang melibatkan seramai 52 orang warga MATRADE. Kenaikan pangkat ini bertujuan bagi mengiktiraf dan meningkatkan prestasi dan motivasi serta pertumbuhan kerjaya warga MATRADE. Jumlah warga MATRADE yang terlibat adalah seperti berikut: Pengurusan sumber manusia memainkan peranan penting dalam mengembangkan, memperkuat dan mengubah budaya organisasi. Oleh itu, MATRADE komited sepenuhnya bagi memastikan budaya korporat, pengurusan bakat dan amalan pembangunan sumber manusia berada pada tahap yang tinggi serta mampu seiring dengan perubahan dan keperluan semasa. Justeru, ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan prestasi organisasi ke tahap yang optimum dan membanggakan. 3. Persaraan pegawai MATRADE ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pesara yang telah memberikan sumbangan serta khidmat dengan penuh dedikasi dalam melaksanakan amanah kerja sepanjang bertugas di organisasi. Jumlah Jawatan Diisi Tahun 2020 Pengurusan tertinggi (7 orang) Pengurusan tertinggi (4 orang) Pengurusan tertinggi (2 orang) Pengurusan & Profesional (242 orang) Pengurusan & Profesional (13 orang) Pengurusan & Profesional (4 orang) Kakitangan Sokongan (237 orang) Kakitangan Ambilan Tempatan MATRADE Luar Negara (118 orang) Kakitangan Sokongan (35 orang) Kakitangan Sokongan (2 orang) 40% 20% 39% 1% Jumlah Kenaikan Pangkat Tahun 2020 Jumlah Persaraan Pegawai Tahun 2020 Proses pengisian jawatan, kenaikan pangkat dan penempatan pegawai juga dilaksanakan dengan teratur dan sistematik bagi memastikan kelancaran pelan penggantian sumber manusia. 25% 67% 8% 50% 25% 25% PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0