Laporan Tahunan 2020

MATRADE Laporan Tahunan 2020 122 Sejajar dengan visi dan misi MATRADE, hala tuju pembangunan sumber manusia adalah dengan melaksanakan inisiatif pembangunan bakat yang berpandukan analisa keperluan latihan dan pengurusan penilaian prestasi yang menggabungkan teras-teras nilai MATRADE iaitu Global, Respect, Agile, Creative dan Ethical (GRACE). KOMPETENSI DAN PEMBANGUNAN BAKAT Pada tahun 2020, pembangunan sumber manusia MATRADE adalah untuk mewujudkan tenaga kerja yang cekap dan berprestasi tinggi supaya penyampaian perkhidmatan lebih efektif dan efisien kepada semua pemegang taruh. Sejumlah 148 program pembangunan bakat telah dianjurkan sepanjang tahun ini sama ada secara maya atau bersemuka. MATRADE juga telah melaksanakan 13 penempatan latihan industri (internship placement) kepada pelajar institusi pengajian tinggi pada tahun 2020. Ini adalah salah satu inisiatif dalam memperkasakan golongan belia dengan pengetahuan dan kemahiran perdagangan antarabangsa. Pecahan Kursus Tahun 2020 Kursus Awam & Swasta Luar Negara Latihan Atas Talian AKRAB In-House 37% 19% 1% 1% 42% Pada tahun 2020 juga MATRADE telah berjaya mencapai kecemerlangan 100% petunjuk prestasi utama Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam. Sistem penilaian berteraskan GRACE telah dilaksanakan secara dalam talian sejak 2019 dan ia menjadikan pengurusan penilaian prestasi lebih efektif dan efisien. Pembangunan bakat dan kompetensi MATRADE merancang untuk mengintegrasikan sistem penilaian berteraskan GRACE dengan Talent Management System yang kini sedang dibangunkan dan dijangka siap pada tahun 2022.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0