Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 123 01 02 03 04 05 PEROLEHAN Amalan Perolehan Yang Telus Proses perolehan MATRADE telah diuruskan secara telus berdasarkan pekeliling dan peraturan kerajaan yang dikuatkuasakan. Semua urusan berkaitan perolehan dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik dengan mematuhi prinsip perolehan seperti berikut: • Akauntabiliti Awam - Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan. • Diuruskan Secara Telus - Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan. • Nilai Faedah Yang Terbaik - Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. • Saingan Terbuka - Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada pihak yang layak bersaing. • Adil dan Saksama - Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan. Penjanaan Hasil Usaha penjanaan hasil melibatkan pelbagai inisiatif untuk menambah peruntukan kewangan dalam membantu operasi MATRADE. Inisiatif tersebut adalah seperti sewaan ruang pejabat di Menara MATRADE, yuran latihan pengeksport, yuran pameran di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC), yuran penyertaan syarikat dalam program promosi, perkongsian PENGURUSAN BELANJAWAN KAEDAH BELIAN TERUS SEBUT HARGA TENDER RUNDINGAN TERUS 574,271.53 9,393,969.07 3,795,595.00 557,200.00 BILANGAN NILAI (RM) 76 46 2 1 Secara ringkasnya, perolehan yang telah dilaksanakan di ibu pejabat pada tahun 2020 adalah seperti berikut: Sebanyak 141 perolehan pejabat luar negara telah dilaksanakan berjumlah RM5,947,560.25 pendapatan daripada program promosi perdagangan dan lain-lain hasil yang diterima. Semua inisiatif ini diluluskan oleh Jawatankuasa Penjanaan Hasil (JPH) MATRADE. Pada tahun 2020, JPH telah meluluskan dua pindaan pada Garis Panduan Pengurusan Akaun Hasil MATRADE bagi menambah baik peraturan sedia ada.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0