Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 124 KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN MATRADE menitik berat keselamatan dan kesejahteraan warga MATRADE dan ini memerlukan pengawasan operasi dan penyelenggaraan Menara MATRADE. Di antara kerja-kerja yang dijalankan melibatkan pembaikan dan penambahbaikan skop mekanikal, elektrikal dan sivil. Keperluan pembaikan dan penyelenggaraan ini akan memastikan operasi Menara MATRADE tidak mengganggu fungsi utama MATRADE dalam menyampaikan objektifnya kepada pelanggan. Pada tahun 2020, beberapa projek telah dimulakan dan dilaksanakan antaranya adalah kerja berkaitan: • Menaik taraf sistem audio-visual termasuk CCTV • Penukaran kabel, alat ganti elektrikal dan mekanikal • Membaik pulih penapis udara dan sistem penghawa dingin • Pembaikan sistem saluran paip • Menaik taraf bangunan dan fasiliti MATRADE • Penggantian sistem pencegahan kebakaran Bagi menjaga keselamatan warga MATRADE, penyewa dan pelawat di Menara MATRADE susulan pandemik COVID-19, kerja-kerja sanitasi dan pembersihan telah dijalankan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0