Laporan Tahunan 2020

Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 125 01 02 03 04 05 INTEGRITI, AUDIT DALAMAN DAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG Bagi memastikan warga MATRADE mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme, MATRADE telah menubuhkan Unit Integriti. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi. Unit Integriti bertanggungjawab melaksanakan enam fungsi teras iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan, pemantauan dan tatatertib. Program-program pengukuhan integriti yang dilaksanakan pada tahun 2020 adalah: • Taklimat Pengenalan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 -Liabiliti Korporat • Kursus VIP @ Work (Values Intervention Program) • Kursus Nilai Kepimpinan (NiKe): LET'S DO IT • Sesi Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] • Sesi Taklimat 'Jenayah Siber’ • Integrity Alert • Pekeliling2u • Proses Penyiapan Pelan Antirasuah MATRADE • Bengkel Pemahaman Corruption Risk Management (CRM) • Pertandingan Video Kreatif bertemakan "Katakan YA untuk GRACE" • Pelaksanaan Integrity Pact dalam urusan Perolehan di MATRADE. • Pemeriksaan Mengejut (Mystery Shopping) Pematuhan Waktu Bekerja INTEGRITI Pelan Antirasuah MATRADE atau OACP MATRADE 2021 -2025 berjaya dibangunkan di mana ianya adalah satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam organisasi. OACP MATRADE 2021-2025 merangkumi lima bidang keutamaan iaitu pentadbiran, tadbir urus, sumber manusia, perolehan dan kewangan serta undang-undang. Bengkel Pembangunan Pelan Pengurusan Rasuah (Corruption Risk Management (CRM)) juga telah diadakan bagi membantu MATRADE membangunkan CRM melalui tindakan berikut: • Mengenalpasti matlamat strategik; • Mengenalpasti risiko/ potensi risiko rasuah dalam aktiviti/ proses kerja utama MATRADE; • Mengenalpasti punca-punca risiko/ potensi risiko rasuah menggunakan kaedah rawatan; • Mengenalpasti kawalan sedia ada dan kawalan tambahan yang diperlukan; • Mengenalpasti keberkesanan kawalan sedia ada; dan • Menyediakan dokumentasi CRM yang mengandungi profil risiko, daftar risiko dan pelan tindakan yang bersesuaian.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0