Laporan Tahunan 2020

MATRADE Laporan Tahunan 2020 126 MATRADE telah menubuhkan Unit Audit Dalam (UAD) pada Ogos 2003 untuk meningkatkan pengurusan kewangan, tadbir urus dan prestasi program MATRADE melalui pemerhatian dan penemuan audit. UAD berperanan untuk memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT. UAD merupakan entiti bebas yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif dalam melaporkan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan. Kedudukan ini menggambarkan kebebasan UAD dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan. Kegiatan audit yang meliputi audit pematuhan dan prestasi dirancang setiap tahun berdasarkan giliran atau pusingan yang telah ditentukan iaitu meliputi ibu pejabat, pejabat luar negeri dan pejabat wilayah. Semua rancangan dan penemuan audit dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKAPR) MATRADE untuk disahkan. Objektif penubuhan JKAPR adalah untuk menyemak dan mengkaji keutuhan sistem kawalan dalaman dan pengurusan organisasi, mengkaji rancangan audit dan memastikan pengauditan dapat dilaksanakan dengan bebas dan tanpa sekatan. Keahlian JKAPR adalah terdiri Ahli Lembaga Pengarah seperti berikut: AUDIT DALAMAN DAN PENGURUSAN RISIKO Pengerusi • YBhg. Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Ahli-ahli • YBhg. Dato’ Mohammad Medan Abdullah • YBhg. Dato’ Mahmud Abbas • YBrs. Pn. Rina Neoh Siew Lian Pada tahun 2020, perancangan program audit telah dibuat meliputi Pengauditan Pengurusan Kewangan, Pengauditan Prestasi, Pengauditan Perolehan dan Audit Kendiri. Sebanyak 11 pengauditan telah dilaksanakan seperti berikut: i. Pengauditan Pengurusan Kewangan: • Pengauditan ke atas Pengurusan Kutipan Yuran Penyertaan Program Pameran; • Pengauditan Ke Atas Pelaksanaan Prosedur/ Proses Pelantikan Dan Pelan Pembangunan Kerjaya Pegawai MATRADE; dan • Pengauditan Secara Sidang Video Ke Atas lima (5) Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE iaitu Shanghai, Guangzhou, Beijing, Santiago, dan Sao Paulo. ii. Pengauditan Prestasi: • Pengurusan Program ANUGA 2019; dan • Pengurusan Program Dana Eksport Perkhidmatan iii. Pengauditan Perolehan: • Pengurusan Perolehan Secara Belian Terus di Ibu Pejabat. iv. Audit Kendiri • Audit Penilaian Kendiri Tahun 2019

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0