Laporan Tahunan 2020
Memacu Eksport Dalam Norma Baharu Pengurusan, Integriti, Audit Dalaman dan Perancangan Strategik 127 01 02 03 04 05 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG Dalam menjalankan tanggungjawab organisasi, MATRADE telah menubuhkan Unit Undang-Undang untuk memastikan semua tindakan yang diambil adalah selaras dengan undang-undang mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang di bawah bidang kuasa kementerian serta undang-undang bertulis lain di Malaysia dan antarabangsa dengan mengambil kira polisi dan dasar kerajaan serta kepentingan awam. Ia bertujuan memastikan dokumen perundangan seperti perjanjian, memorandum persefahaman (MoU), notis undang-undang dan sebagainya adalah tidak menyalahi mana- mana undang-undang demi melindungi hak dan kepentingan MATRADE. Pada tahun 2020, Unit Undang- Undang telah menyemak dan meneliti sebanyak 157 dokumen perundangan dalam dan luar negara yang melibatkan perjanjian dan MoU.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0