Laporan Tahunan 2020
MATRADE Laporan Tahunan 2020 128 PERANCANGAN STRATEGIK Perancangan strategik merupakan salah satu aspek yang penting untuk mencorak hala tuju sesuatu organisasi untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Penambahbaikan rangka kerja perlu dilaksanakan secara berterusan supaya sejajar dengan pembangunan eksport negara dalam memacu sektor perdagangan antarabangsa ke tahap yang lebih baik. Oleh yang demikian, kompetensi pihak pengurusan untuk merangka pelan strategik perniagaan yang komprehensif serta fleksibel, dapat meningkatkan prestasi dan mengemudi MATRADE ke arah kecemerlangan. Pelan Strategik Perniagaan (BSP) dirangka untuk menjadikan MATRADE sebagai sebuah Organisasi Promosi Perdagangan (TPO) yang berkaliber, berteraskan pelanggan dan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan. BSP ialah dokumen rujukan PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN yang mengandungi pelan tindakan penambahbaikan sistem penyampaian MATRADE kepada pengeksport Malaysia supaya lebih berdaya saing di peringkat global. Terdapat lima teras utama yang telah diberi penekanan iaitu sumber manusia, proses, perkongsian, promosi dan platform di dalam budaya kerja MATRADE. Antara perkara yang diberikan penekanan adalah pengukuhan pangkalan data, penggunaan sistem dalaman, pengurusan pemegang taruh, kecekapan penyampaian perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0